Tuesday, October 7, 2008

Antara Realiti Dan Fitnah

Memang seronok membaca tulisan di blog yang tumbuh macam cendawan selepas hujan. Lebih seronok kalau tulisan itu berbentuk kutukan dan penghinaan, terutama kalau orang yang kena kutuk itu ialah orang yang kita benci.

Persoalannya sejauh mana akal kita boleh menerima berita yang kita baca. Ada yang terlalu taksub dengan penulisan di blog. Apa yang ditulis oleh bloggers dianggap sebagai wahyu dari tuhan, yang tidak boleh dipertikaikan.

Malah yang lebih menarik, ada akhbar yang sanggup mengeluarkan berita dari sumber yang diperolehi dari blog. Mungkin untuk memudahkan kerja wartawan yang tak perlu kesana kemari mencari berita.

Terbaru, akhbar harakah daily menerbitkan berita kononnya Datin Seri Rosmah membelanjakan RM7 untuk membeli jam tangan untuk diberikan kepada individu tertentu.

Sekali baca, bagi yang ingin berfikir, dimanakah logiknya? Siapa Rosmah untuk memberi jam mahal kepada orang tertentu? Andaikata dia diarahkan oleh Najib, dan menggunakan wang kerajaan, begitu mudah ke untuk mengeluarkan wang sebanyak rm7 juta? Adakah bukti pembelian jam sejumlah RM7 juta itu? Dalam dunia tanpa sepadan ini, penulis blog boleh tulis apa sahaja. Boleh tuduh apa sahaja. Penjara bagi mereka sudah menjadi seperti kedai kopi, boleh singgah pada bila-bila masa. Lagi kerap kena tangkap, lebih mashur nama mereka. Bukan boleh kena hukum bunuh pun. Malah silap haribulan, mereka akan mendapat simpati dari pengikut-pengikut mereka.

Disinilah pentingnya kita menggunakan akal fikiran yang telah dikurniakan oleh Allah. Boleh baca, tetapi fikirlah dahulu sebelum mempercayainya. Penulis-penulis blog, seperti juga Raja Petra, tidak pernah takut kepada undang-undang negara. Meraka tidak pernah takut kena penjara asalkan matlamat mereka tercapai. Kita yang kurang cerdik ini akan terfikir, "kalau berita tersebut palsu, tak mungkin mereka sanggup kena penjara". Akhirnya kita akan terperangkap dengan andaian tersebut, dan akan mempercayai bulat-bulat apa yang mereka perkatakan.

No comments:

SAHABAT-SAHABAT AM