Saturday, August 14, 2010

Buang Bayi...Salah Siapa?

Sedih. Itu sahaja yang ramai dari kita boleh luahkan bila membaca/mendengar berita tentang kes pembuangan bayi yang semakin berluasa sekarang. Semakin dicadangkan agar hukuman mati dikenakan ke atas pelaku, semakin menjadi-jadi ianya berlaku. Iyerlah apa nak buat, memang 'due date' dah sampai, anak dalam kandungan mesti dikeluarkan. Bukan macam duit dalam bank, boleh tangguh-tangguh pengeluarannya, bergantung kepada keperluan.

Bulan puasa tidak menjadi halangan untuk orang terus melakukan kerja terkutuk ini.

AM teringat satu ketika dulu bila kerajaan mencadangkan agar kelas pendidikan seks diadakan, ramai yang membantah. Mungkin mereka beranggapan bahawa kelas pendidikan seks adalah kelas untuk mengajar pelajar 'cara membuat anak'. Kalau begitu, memang wajar cadangan itu ditentang. Yang mereka tak tahu, kelas pendidikan seks itu adalah kelas mengajar murid tentang bahaya hubungan seks sebelum berkahwin, cara-cara pencegahan kehamilan dan yang seumpama dengannya (bukan bermaksud mengajar murid untuk melakukan seks kemudian halang kehamilan)

Walaupun kelas pendidikan seks belum diadakan lagi (kerana tentangan dari orang ramai) tetapi nampaknya anak-anak muda kita bukan sahaja telah mahir membuat anak, tetapi mahir juga 'cuci tangan' dari terpaksa bertanggung jawab atas perbuatan terkutuk mereka itu. Tindakan paling nekad dan berani. Buang sahaja anak dalam tong sampah macam buang ikan busuk atau bangkai tikus.

Dalam beratus atau mungkin beribu orang cerdik pandai dan alim ulamak dalam negara ini, tidak mungkinkah ada seorang yang benar-benar boleh memberi idea untuk mengatasi masalah ini?

Apapun bagi AM, kalau ada satu pendapat, mesti ada seribu kritikan dan komen negatif. Jadi sampai bilapun gejala ini tidak dapat diatasi.

Jadi bagi AM, cara paling mudah dan murah ialah ibubapa perlu memainkan peranan yang jelas. AM pasti ramai ibubapa yang keliru tentang peranan mereka terhadap anak-anak. Mungkin ada yang beranggapan dengan memberi wang saku, membesarkan anak sehingga berjaya, memberi makan minum dan tempat tinggal, sudah lebih dari mencukupi. Soalan yang paling kerap kita tanya dan tidak pernah ada jawapan yang memuaskan ialah, berapa ramaikah antara ibubapa yang memerhatikan gerak geri anak-anak mereka selama 24 jam sehari?

Mungkinkah ibubapa tidak tahu yang anak mereka sedang mengandung? Boleh kah kita percaya jika ada ibubapa yang tidak memandang anak mereka selama sembilan bulan sembilan hari? AM tidak percaya jika ada yang mengatakan bahawa gadis-gadis yang mengandung itu tidak tinggal bersama ibubapa atau penjaga mereka.

Maka bermula hari ini, AM harap ibubapa kenalah tahu apa peranan mereka. Tidak perlulah hendak mengada-ngada kononnya terlalu sosial dan open minded. Ada adik2 yang pernah beritahu AM bahawa ibubapa kekasihnya terlalu open minded. Mereka seperti terlalu seronok jika anak gadisnya mempunyai boyfriend. Ada yang sanggup membawa 'bakal menantu' yang masih bersekolah itu berjalan-jalan dan shopping. Apa ertinya semua itu?

Bukankah dengan cara itu seolah-olah memberi lampu hijau kepada remaja ini untuk melakukan perkara sumbang dengan tanggapan bahawa ibubapa mereka tahu hubungan mereka dan tak kisah walaupun silelaki bermalam di rumah kekasihnya ketika ibubapa gadis berkenaan ada di rumah.

Jadi tak perlulah pening kepala mencari jalan penyelesaian jika masalah sebenarnya berada di dalam rumah itu sendiri. Sepatutnya kerajaan kena lakukan tindakan terhadap ibu bapa kes pembuangan bayi ini, sama seperti tindakan yang dikenakan terhadap ibubapa samseng jalanan.

2 comments:

merah said...

betul cakap am,bila stu cadagan di usul 1000 kritikan di terima tp takder sapa yang beri pandangan.
betul ibu bapa perlu mengambil tahu pasal anak.apa yang am cakap memng betul..tak tipu ni!!
da semakin teruk daa .(nampak gaya kena post balik komik dulu)

*selamat berpuasa..
am punya FB apa?

AnakMerdeka said...

leh ke promote fb kat sini? hehehe oklah fb AM, Rosli Hashim

SAHABAT-SAHABAT AM