Thursday, July 12, 2012
Kedunguan Politik @ Politik Dungu
Sekali lagi, kita dikejutkan dengan kedunguan politik orang @ orang-orang yang merasa sungguh hebat berpolitik. Opss...bukan kejutan. Kisah pasangan suami isteri bercerai atau lebih tepat lagi, suami menceraikan isteri kerana mempunyai pandangan politik berbeza, telah lama kita dengar. Cuma yang terbaru ini, berlaku setelah bertahun-tahun ianya tidak berlaku.
Mengapa begitu dungu?
Apakah agaknya yang hendak ditunjukkan oleh si suami, bila menceraikan isterinya? Adakah dia merasakan bahawa orang akan melihat dia sebagai lelaki hebat? Atau, adakah dengan menceraikan isterinya, dia cukup yakin bahawa partinya akan menang besar dalam PRU13?
Itu kisah orang berkahwin. Kisah penyangak-penyangak dungu, lain pula ceritanya. Ada yang merasakan mereka cukup hebat. Kononnya, mereka adalah penyokong kuat parti. Sanggup berbuat apa sahaja demi parti. Sanggup mati demi parti? Tak mustahil...
Demi ketaksuban terhadap partinya, mereka bermusuhan dengan ahli-ahli parti lawan. Mereka meruntuhkan dan menjatuhkan bendera yang dipasang oleh ahli dari parti lawan. Mereka membuat blog, FB dan Tweeter, untuk berperang dengan ahli parti lawan. Mereka mengutuk dan memburuk-burukkan parti lawan tanpa batas...
Sedangkan sepatutnya, jika benar mereka penyokong dan pendokong kuat parti yang dianggotainya, mereka sepatutnya menunjukkan contoh yang baik. Tunjukkan kepada masyarakat terutama pengundi atas pagar, bahawa parti merekalah yang patut dipilih oleh pengundi. DAN kalau boleh, tarik ahli-ahli parti lawan, agar ahli-ahli parti berkenaan berpaling tadah dan menyokong parti yang mereka. Itu baru betul..
Malangnya mereka dungu. Sebab itu mereka lakukan apa yang mereka lakukan sekarang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment