Apa yang dilaung-laungkan selama ini ialah menuntut keadilan, membersihkan demokrasi yang kononya telah dilacurkan oleh BN.
Tetapi dalam masa yang sama rakyat sekarang sedang menunggu tanggal 16hb September. Bukan hendak meraikan tarikh penubuhan Malaysia, tetapi menunggu tarikh yang dikatakan DSAI akan mengambil alih kerajaan BN.
Walaupun rasanya sukar terlaksana, tetap apa AM ingin perkatakan ialah, sedarkah apa yang beliau lakukan itu sebenarnya bukan sahaja tidak demokrasi tetapi telah mencabul hak rakyat? Jangan cakap tak serupa bikin, kata kata dulang paku serpih, kata org dia yang lebih.
Kalau PR telah cukup kuat, tentu mereka boleh menang masa PRU12 dan seterusnya menubuhkan kerajaan. Masalahnya meraka tidak cukup kuat, jadi kenalah usah lebih keras lagi agar dapat capai kejayaan yang lebih besar dalam PRU13. Kenapa nak menafikan hak rakyat? Hendak jadi pemimpin dan nak jadi pemerintah untuk rakyat kan? Kalau tak ada rakyat tak adalah pemimpin dan kerajaan. Kalau dah majoriti rakyat pilih BN untk tadbir negara, kenapa PR bersusah payah nak cukupkan korum dengan memujuk MP BN untuk sertai mereka?
Biarlah org berbicara tentang moral peribadi sahaja. Jangan sampai moral politik yang akan menentukan nasib masa depan negara juga hendak di gadaikan.
1 comment:
biasa lah dia ni memang kaki pusing temberang kuat juak juak dia orng percaya membabi buta perasan sepanjang masa,,dia ni jual emak pun sangup janji jd PM..semua nk pusing mcm lagu kecik kecik lembu jaga ada misai tak de jangut itu kucing ada jangut tak de misai itu kambing ada misai ada jangut itu bengali singh depan bagi dia juga belakang pusing
Post a Comment