Tuesday, November 11, 2008

Tak Sedar Lagi, Atau Tak Mahu Berubah?

Mesyurat bahagian UMNO barupun habis. 190 bahagian seluruh negara sudah pun selesai menjalankan tanggung jawab, mengadakan persidangan bagi meneruskan hala tuju perjuangan orang melayu.

Apa yang AM ingin perkatakan disini ialah tentang sikap segelintir (ramai) pemimpin yang siang malam melalak, membicarakan tentang memperjuangkan agama bangsa dan negara, tapi dalam masa yang sama masih melakukan perbuatan terkutuk, rasuah.

Bila sebut rasuah, tentulah faham, bayar duit kepada perwakilan untuk mengundinya. Niat pertamanya dah betul, ingin menawarkan diri untuk menjadi pemimpin. Tetapi perbuatannya menabur duit, memamang perbuatan keji yang sepatutnya dikutuk.

Diperintkat pusat, dan lembaga disiplin, rasanya dah bertahun-tahun berkempen dan memberi amaran tentang bahayanya politik wang. Malah Tun Dr M ketika menjadi PM sudah beberapa kali menangis mengenangkan sikap orang melayu yang susah diubah. Ada yang baru lepas 'edah' kena gantung keahlian kerana rasuah masa pemilihan yang lalu, tetapi sekarang ni lakukan perkara yang sama.

Dalam pilihanraya yang lepas, BN kehilangan 5 buah negeri. Sepatutnya ramai yang dah mula bermuasabah diri, tetapi nampaknya tak sedar-sedar juga. Ada yang gagal melaksanakan tugas diperingkat negeri, tetapi demi jawatan sanggup menyogok perwakilan untuk mencalonkan namanya bertanding di peringkat pusat.

Tak cukup dengan itu, ada yang tak tak tahu malu, bergaduh dalam perhimpunan. Inikah yang dikatakan pemimpin? Inikah orang yang kononnya nak jadi pemimpin diperingkat lebih tinggi? Kalau perangai pun dah mengalahkan budak-budak, lebih baik duduk rumah, tenguk tv. Jangan memperkatakan tentang perjuangan, jangan perkatakan tentang membela nasib bangsa.

Parti pembangkang ketawa berdekah dekah melihat gelagat pemimpin UMNO. Masih tak mahu berubah.

1 comment:

Anonymous said...

mmg benar ramai yg tak malu asyik ngan rasuah..yg memberi juga berdosa tetapi menerima juga sama dosanya..amalan rasuah kalau yang memberi tp yg menerima sedar bahawa tu satu dosa ia tak kan menerima...aduhai siorg UMNO sedarlah memberi menerima sama saja dosanya..justeru itu kn pastikan dan sedarlah bahawa kedua dua perbuatan itu dosa mengkhanati perjuangan UMNO..tp apa nk kata semua suka..tgk je lah UMNO hanyut dek kerana rasuah yg memberi dan menerimanya...si pemimpin pula dah kalah tak nk terima hakikat hanya dgn kepentingan sendiri kalah abis semua dibawa lari tak sedar ahli UMNO ada lg untuk diterajui..hairan sebegini juga ada penyokong lg...yg dh lama sgt undur lah diri bg yg baru terajui..kalau ada bukti sesiapa menerima rasuah memberi rasuah adukan kpd yg berwajib.....supaya diadili...HIDUP UMNO TANPA MEMBERI RASUAH DAN MENERIMA RASUAH

SAHABAT-SAHABAT AM