Tuesday, May 26, 2009

MOGOK LAPAR : NIZAR SEBENARNYA ' PELANCAP POLITIK'

CUT & PAST DARI BLOG ANTI PKR

nizar bintang tiga semakin haru biru. melihatkan kepada keadaan terbaru tingkah lakunya sudah menggambarkan kecelaruan minda. apa sahaja yang dilakukan sudah lari daripada pengenalan empunya diri, kononnya pas partai islam !

dia seorang ir,punyai pangkat dalam pimpinan pas negeri,bakal bertanding kerusi naib presiden pas,bekas menteri besar TETAPI cukup sayang apa yang digambarkan di depan mata rakyat hanyalah seorang manusia gila,tak sedar diri,otaknya penuh dengan drama politikal fantasi.

dalam perkara sebegini, bila watak asal yang sepatutnya lebih taat,rasional bertukar menjadi antagonis, maka sewajarnya aku mengulangi teori politik terbaru aku, 'PELANCAP POLITIK'.

melancap memang satu kenikmatan. tak kira bagi lelaki dan perempuan. yang tidak kuat iman pasti akan terjebak dengan kelakuan tatkala nafsu menguasai iman.melancap adalah konsep melepas syahwat kepada bukan yang ditempatnya, melanggar norma kehidupan. yang penting bagi sang pelancap, melepaskan secepat mungkin air yang sudah bertakung di kepala.

sekitar tahun 1993-94 di dalam akhbar mingguan malaysia ada satu kolum khas, KISAH BENAR. penulisnya bernama wahid kasran. wahid kasran bercerita benar, kisah nya bukan seloka pujangga.

wahid kasran menulis permaslahan hubungan lelaki dan wanita. wahid kasran menulis mengenai ketegangan hubungan lelaki dan wanita. krisis hubungan suami isteri,pakwe makwe,bos dan sekretari,jiran laki dan wanita, rakan sekolah, nurse dan pesakit dan pelbagai klise penceritaan.

wahid kasran menceritakan yang benar. pengadu akan menemui wahid kasran di satu tempat yang dijanjikan, segala maslaah akan diceritakan.

hebatnya wahid kasran dia pandai mengolah. cukup pandai menterjemah. asalnya cerita masalah tetapi dijadikan cerita fantasia seks. seluruh pembaca kolum kisah benar ahad itu sebenarnya tidak berminat mengenai masalah, tetapi lebih cenderung kepada garapan penceritaan fantasia seksual olahan wahid kasran..

siapa yang mungkin terdaya mengawal gelojak nafsu, bila wahid kasran menceritakan sesuatu isu dengan penuh ilmu kamasutra, ditambah dengan kelakuan aksi permata yang hilang... berpeluh dan cukup 'menegangkan' keadaan.

tiada mustahillah pada ketika itu, banyak apek-apek yang bawak lori menjual tilam-tilam murah di keliling rumah. tanda 'tilam' lama sudah banyak peta..hahahaha..

kisah jiran terpandang bini orang berkemban di sebelah rumah, kena pulak sang isteri tersenyum simpul penuh lirikan dengan tarikan tubuh menggiurkan. kisah jiran wanita meminjamkan barang-barang dapur mengetuk pintu jiran dengan hanya memakai pakaian sutera halus menggiurkan, lurah dan denai jelas kepandangan..

percayalah pada waktu itu sumber berita seks cukup kurang, hanya bersandarkan berita wahid seminggu sekali sahaja. dibandingkan dengan sumber yang paling banyak waktu ini.anak muda menjadi mangsa.anak muda pasti memilih jalan masturbasi, yang kahwin selamat menjalani kehidupan. msturbasi melemahkan lutut, melunturkan cerdas fikiran , ini yang agama pesan.

hari ini kita disajikan dengan kiasan cerita yang sama. politik nizar semakin lari dari kehendak asal game politik. bila dia sudah tahu sebenarnya diri sudah ketewasan, dia melanggar norma kehidupan.

para sahabat nabi saw sewaktu tewas di uhud, tidak bermogok lapar. mogok lapar mainan hindustan. pas semakin lari dari perjuangan, qada dan qadar sudah dianggap bukan ketentuan rukun iman ! masyaallah ya habib masyaallah ya maulana.

akhirnya aku faham di sebalik cubaan dr mahathir mengharamkan penggunaan nama ISLAM dalam partai politik , terutama nya pas.cukup faham sekarang kerana apa yang akan berlaku bila mogok lapar nanti, hanyalah sekadar kelakuan sang 'pelancap politik' yang berkali-kali merosakkan nama islam.

gap, kalau nizar kau gelarkan 'pelancap politik' bagaimana pulak dengan anwar ?
gap kata... nantikan artikel khas 'lancapan politik anwar attaturk'.

Monday, May 25, 2009

Jenice Yang Kepoh

Orangnya kecik je. Umurnya pun kecik lagi. Tetapi dikalangan masyarakat cina dan orang yang menyokongnya di Parlimen Pandan atau lebih tepat lagi dalam DUN Teratai, namanya memang agak terkenal sejak dia belum jadi wakil rakyat lagi.

Dialah yang biasa mengetuai piket untuk membantah meter pakir kereta di area pandan indah dan sekitarnya.

Tapi itu dulu. Masa belum jadi wakil rakyat. Sekarang lain. Malah ada antara penyokong DAP sendiri yang merungut. "Ini orang masa undi punya jam, kita punya dapur pun dia masuk, tolong masak, pasal mau tarik orang undi sama dia, sekarang mau tengok dia punya muka pun banyak susah".

Itulah kenyataannya. Sejak dia menang DUN Teratai, belum nampak kerja yang dia lakukan. Kalau dulu dia terpekik terlolong pasal bantah pakir kereta, sekarang harga parking kereta di pandah indah malah naik jadi RM3, dari RM2. Di hentian LRT, dulu tak ada bayaran, sekarang dah ada bayaran. Kalau tanya orang BN, tentu jawapannya tidak menyebelahi dia. Maka tanya lah sendiri orang yang sokong dia dari DAP, PKR mahupun PAS.

Sekarang dia sibuk masuk campur urusan politik di Perak. Peket sana peket sini, bawak lilin kesana, bawa lilin kesini. Dia seronok kena tangkap supaya kelihatan seperti hero.

Diharapkan rakyat terutamanya di DUN Teratai, dalam Parlimen Pandan dah boleh buka mata. Jangan bermimpi lagi.

Wednesday, May 20, 2009

Penanti Oh Penanti

Hasrat untuk melihat pertandingan antara BN dengan Parti Pakatan Pembangkang dan juga parti bebas, tidak menjadi kenyataan. Ini kerana majis tertinggi BN telah memutuskan untuk tidak meletakkan calon mereka pada PRK yg akan diadakan pada 30 Mei 2009.

Memang banyak rasionalnya BN tidak terus menari mengikut rentak yg dimainkan oleh Parti Pembangkang. Sebenarnya matlamat mereka bukan untuk membela rakyat. Sebaliknya mereka akan mencari jalan bagaimana untuk menjatuhkan atau memalukan BN terutamanya UMNO.

Sebab itu bila BN membuat keputusan untuk tidak bertanding, ada diantara pemimpin mereka berkata 'BN takut'. Ayat seperti itu hanyalah provokasi yang biasa dicakapkan oleh budak-budak nakal, bila mereka mencabar orang lain untuk bergaduh dengannya. Bila orang berkenaan tidak mengendahkan cabaran mereka, maka mereka akan kata, org berkenaan takut, bacul dan macam-macam lagi. Kenyataannya, bukan kebenaran yang mereka cari.

Rakyat sepatutnya sudah boleh menilai sikap pemimpin pembangkang. Pilihanraya ke-12 telah setahun lebih berlalu, tetapi mereka masih lagi terus bermain politik. Mereka masih terus berceramah kesana kemari. Tak cukup dengan itu, mereka akan meletakkan jawatan seorang demi seorang agar PRK dapat diadakan. Hobi mereka ialah berpolitik, bukannya berbakti dan membela rakyat.

Kesimpulannya, biarlah mereka terjun dengan labu-labunya. Kerjaan masih terlalu banyak kerja yang harus dilaksanakan. Majoriti rakyat masih mengharapkan kerajaan berbuat sesuatu untuk menaikkan taraf ekonomi dan kesejahteraan rakyat, bukannya melayan karenah pembangkang.

Bila Orang Ternama Mencuri...

Kalau anak orang miskin mencuri, itu perkara biasa. Bila penganggur mencuri itu pun perkara biasa. Tetapi bila anak orang ternama mencuri, itu sudah jadi perkara luar biasa.

Apatah lagi kononya mereka dari golongan org bergelar. Dan kononnya lagi si bapa selama ini sibuk mencari kesalahan orang lain. Sibuk terjerit sana terjerit sini, tulis dalam blog bahawa orang itu tak betul orang ini tak betul.

Tetiba anak sendiri pun dia tak boleh jaga. Sengkek sangat ke sampai terpaksa mencuri? Atau sememangnya pepatah orang tua-tua, "tak kemana tumpah kuah kalau tak kenasi"..

Moralnya, perbetulkan lah dulu diri sendiri dan keluarga, sebelum nak betulkan orang lain.

Tuesday, May 19, 2009

Ampang Syurga Kaki Judi

Bagi orang luar, tajuk dalam akhbar hari ini mungkin merupakan kejutan tetapi bagi penduduk ampang, pandan indah dan sekitarnya, perkara tersebut sudah tidak menjadi sesuatu yang pelik.

Bukan sekali, bukan dua kali berita berkenaan pelacuran dan pusat perjudian berluasa di persekitaran ampang, pandan indah dan pandan perdana disiarkan didalam akhbar. Malah bagi segelintir penduduk yang perihatin sudah berbuih mulut mengadu kepada pihak berkuasa. Bukan setakat laporan kosong, tetapi berserta dengan gambar dan alamat lengkap lokasi perjudian. Malangnya, aduan hanya tinggal aduan. Puasat perjudian haram bukan sahaja terus bermaharaja lela, malah tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

Yang peliknya, ada ketikanya, secara serentak kedai kedai judi haram tersebut akan ditutup. Bila ditanya kepada mereka, jawapannya "ada rush". Apakah maksud kesemua itu? Bagaimana mereka tahu ada operasi akan dilakukan oleh pihak berkuasa?

Memang sakit hati bila mendengar ungkapan 'kunyah' atau 'makan duit' yang ditujukan kepada pihak berkuasa tempatan. Tetapi hakikatnya, kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang.

SAHABAT-SAHABAT AM