Bagi orang luar, tajuk dalam akhbar hari ini mungkin merupakan kejutan tetapi bagi penduduk ampang, pandan indah dan sekitarnya, perkara tersebut sudah tidak menjadi sesuatu yang pelik.
Bukan sekali, bukan dua kali berita berkenaan pelacuran dan pusat perjudian berluasa di persekitaran ampang, pandan indah dan pandan perdana disiarkan didalam akhbar. Malah bagi segelintir penduduk yang perihatin sudah berbuih mulut mengadu kepada pihak berkuasa. Bukan setakat laporan kosong, tetapi berserta dengan gambar dan alamat lengkap lokasi perjudian. Malangnya, aduan hanya tinggal aduan. Puasat perjudian haram bukan sahaja terus bermaharaja lela, malah tumbuh seperti cendawan selepas hujan.
Yang peliknya, ada ketikanya, secara serentak kedai kedai judi haram tersebut akan ditutup. Bila ditanya kepada mereka, jawapannya "ada rush". Apakah maksud kesemua itu? Bagaimana mereka tahu ada operasi akan dilakukan oleh pihak berkuasa?
Memang sakit hati bila mendengar ungkapan 'kunyah' atau 'makan duit' yang ditujukan kepada pihak berkuasa tempatan. Tetapi hakikatnya, kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang.
No comments:
Post a Comment