Wednesday, May 20, 2009

Penanti Oh Penanti

Hasrat untuk melihat pertandingan antara BN dengan Parti Pakatan Pembangkang dan juga parti bebas, tidak menjadi kenyataan. Ini kerana majis tertinggi BN telah memutuskan untuk tidak meletakkan calon mereka pada PRK yg akan diadakan pada 30 Mei 2009.

Memang banyak rasionalnya BN tidak terus menari mengikut rentak yg dimainkan oleh Parti Pembangkang. Sebenarnya matlamat mereka bukan untuk membela rakyat. Sebaliknya mereka akan mencari jalan bagaimana untuk menjatuhkan atau memalukan BN terutamanya UMNO.

Sebab itu bila BN membuat keputusan untuk tidak bertanding, ada diantara pemimpin mereka berkata 'BN takut'. Ayat seperti itu hanyalah provokasi yang biasa dicakapkan oleh budak-budak nakal, bila mereka mencabar orang lain untuk bergaduh dengannya. Bila orang berkenaan tidak mengendahkan cabaran mereka, maka mereka akan kata, org berkenaan takut, bacul dan macam-macam lagi. Kenyataannya, bukan kebenaran yang mereka cari.

Rakyat sepatutnya sudah boleh menilai sikap pemimpin pembangkang. Pilihanraya ke-12 telah setahun lebih berlalu, tetapi mereka masih lagi terus bermain politik. Mereka masih terus berceramah kesana kemari. Tak cukup dengan itu, mereka akan meletakkan jawatan seorang demi seorang agar PRK dapat diadakan. Hobi mereka ialah berpolitik, bukannya berbakti dan membela rakyat.

Kesimpulannya, biarlah mereka terjun dengan labu-labunya. Kerjaan masih terlalu banyak kerja yang harus dilaksanakan. Majoriti rakyat masih mengharapkan kerajaan berbuat sesuatu untuk menaikkan taraf ekonomi dan kesejahteraan rakyat, bukannya melayan karenah pembangkang.

No comments:

SAHABAT-SAHABAT AM