Tuesday, June 30, 2009

Debat, muzakarah, debat, muzakarah, debat, muzakarah....

Debat yang AM faham ialah, menjelaskan dan mempertahankan pendapat dalam sesuatu yang disertakan dengan fakta dan teori. Ia biasanya tidak akan berkesudahan dan tiada titik noktah untuk satu permuafakatan dan persetujuan dalam sesuatu hal. Pemenang biasanya diambil kira sejauh mana pendebat berjaya berhujah berserta dengan fakta yang betul.

Tidak seperti permuafakatan (mesyuarat)yang bertujuan untuk mencari penyelesaian dalam sesuatu permasalahan dengan duduk berbincang dan berlebih kurang, berdebat pula biasanya bertujuan untuk mempopularkan pendebat, mencari publisiti dan mendapat pujian.

AM begitu terguris hati dan tak habis fikir, kenapa seorang yang mendapat pengiktirafan yang begitu tinggi dari ratusan ribu orang, bukan sahaja pengikut PAS malah orang UMNO pun ramai yang hormat kepadanya, Nik Aziz lebih bersedia untuk berdebat, berbanding duduk berbincang untuk mencari jalan penyelesaian dalam apa yang dikatakan sebagai masalah orang melayu dan agama islam.

Semasa Haji Hadi mencadangkan Kerajaan Perpaduan, Nik Aziz telah menjadi dalang besar untuk mengagalkan idea murni tersebut, sebaliknya bila ramai orang meminta agar PM tidak menerima jemputan beliau untuk berdebat, orang tersebut pula digelar sebagai dalang.

Itulah orang politik. Lebih seronok berdebat, kerana orang akan bersorak dan bertepuk tangan. Berdebat juga memberi peluang kepada pemidato untuk menghentam pihak lawan, dengan menggunakan psikologi, kata-kata kesat dan provokasi. Sebaliknya jika berbincang (bermuzakarah) biasanya orang lain tak nampak, tak ada publisiti dan tak ada sorakan. Ayat yang digunakan juga biasanya lebih lembut, berhemah dan mesra.

Jadi, siapakah sebenarnya Nik Aziz? Kenapa beliau lebih memilih debat berbanding muzakarah? Jawapannya, kerana Nik Aziz adalah orang politik dan bukannya ulamak.

Anwar, Nik Aziz dan Tok Guru

Sebenarnya AM tak minat sangat menulis tentang orang bernama Anwar Ibrahim. Tetapi AM tulis juga, kerana dia sebenarnya dulu adalah mentor, idola, pemimpin, pemidato dan entah apa lagi.

Hari ini dia marah pemimpin UMNO yang kononnya memburuk-burukkan Nik Aziz, seorang yang dianggap tok guru dan ulamak.

AM tak berminat nak ulas tentang tuduhan Anwar terhadap pemimpin UMNO tetapi benarkah Nik Aziz itu seorang ulamak dan tok guru tulin?

Adakah benar tok guru alias ulamak boleh menentang kerajaan perpaduan? Adakah alquran dan sunnah yang mejadi pegangan para ulamak dan tok guru, membenarkan penghinaan dan makian terhadap saudara seagama? Adakah dalam mana-mana juzuk alquran ada menggalakkan kita meninggikan suara dengan kata-kata kesat untuk mencapai sesuatu matlamat?

Fikir-fikirkan lah..

Monday, June 29, 2009

Aduhai Tok Guru


Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba tok guru Nik Aziz mencabar Datuk Seri Najib untuk berdebat dengannya untuk mencari penyelesaian atas apa yang dikatakan perpecahan antara orang melayu, iaitu tidak sampai sebulan beliau menolak mentah-mentah cadangan presiden PAS sendiri, Datuk Seri Haji Hadi.

Apa matlamat dan apa motif Nik Aziz sebenarnya, hanya orang yang mahu berfikir secara rasional sahaja dapat menduga. Bagi pengikut fanatik PAS, tentulah apa sahaja yang diperkatakan oleh Nik Aziz akan disokong. Jika mungkin Nik Aziz mengatakan arak itu boleh diminum, maka tidak mustahil ramai penyokong PAS akan mempercayainya dan jika Nik Aziz berkata, daging babi itu boleh dimakan, maka tidak hairan ada yang menghidangkan rendang daging babi untuk santapan tengahari. Bukankah sebelum ini pun Nik Aziz sesuka hati dan selembut lidahnya mengatakan orang UMNO itu kafir, mengundi PAS akan masuk syurga, tuhan itu mencarut dan macam-macam lagi, dituruti oleh pengikutnya tanpa prajudis?

Nik Aziz tidaklah lebih hebat dari Anwar Ibrahim, tidak juga lebih istimewa dari Lim Kit Siang dan tidak ada perbezaan dari mana-mana ahli politik. Gelaran ulamak itu hanyalah rektorik semata-mata.

Dengan berdebat dapatlah beliau mempromosikan namanya sebagai hero PAS yang boleh berdebat dengan seorang Perdana Menteri. Selain itu juga beliau boleh menggunakan pentas debat untuk menghentam dan mengkritik UMNO secara berdepan dan disaksikan dan disorak oleh pengikut-pengikutnya.

Berbanding dengan bermuzakarah yang boleh berkongsi idea dan pendapat secara berhemah dan beradab, berdebat akan menjadikan seseorang akan tetap mempertahankan ideanya, dengan kata-kata yang tinggi, keras dan kasar. Bangsa lain dan mungkin satu dunia akan mentertawakan bangsa melayu dan umat islam. Maka itulah yang dipilih oleh Nik Aziz.

Diharapkan rakyat, terutamanya orang melayu dan beragama islam cepat bermuasabah diri, dan menilai pemimpin-pemimpin yang mereka agung-agungkan. Jangan sampai nasi menjadi bubur.

Thursday, June 18, 2009

Dimanakah Keikhlasa PAS

Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba Presiden PAS, Dato Seri Haji Awang mencadangkan Kerajaan Perpaduan antara PAS dengan UMNO (BN).

Tanpa menaruh perasangka buruk, Presiden UMNO Dato Seri menyambut baik cadangan Hj Hadi Awang tersebut.

Tiba-tiba Nik Aziz mengamuk sakan kerana tidak bersetuju dengan cadangan perpaduan Hj Hadi. Nampaknya Nik Aziz lebih selesa berkerjasama dengan DAP dan PKR dari berkerjasama dengan UMNO.

Hari ini Mustafa Ali, memberi syarat agar perbincangan berkenaan kerajaan perpaduan tersebut hendaklah disertai oleh PKR dan DAP, jika tidak anggap sahaja cadangan kerajaan perpaduan berkenaan terbatal.

Pelik dah hairan. Mereka yang mencadangkan Kerajaan Perpaduan (walaupun diterima oleh UMNO tanpa syak wasangka) tiba-tiba mereka pulak yang mengenakan syarat.

Saturday, June 13, 2009

Antara Nirmala Bonet, Siti Hajar Dan Teresa Kok


Baru baru ini negara dikejutkan dengan kisah penyeksaan majikan terhadap pembantu rumahnya, Siti Hajar 33 tahun. Ceritanya hampir sama dengan kisah Nirmala yang menjadi tajuk utama akhbar-akhbar Malaysia dan Indonesia beberapa ketika dahulu.

Semua orang merasa marah dengan perbuatan majikan yang tidak bertanggung jawab itu.

Tetapi bukan itu yang ingin AM perkatakan. Sebaliknya dimanakah Terasa Kok yang dahulunya ingin menjadi hero kepada kes tahanan wanita yang kononnya adalah wanita berbangsa cina dan warganegara China, yang dibogelkan semasa berada dalam tahanan polis.

Kenapa Teresa begitu beria untuk mempertahankan nasib wanita tersebut, sedangkan dalam kes Nirmala dan Siti Hajar ini, sepatah haram pun Teresa tidak mengeluarkan kenyataan, apatah lagi mengutuk perbuatan yang tidak bertamadun yang dilakukan oleh majikan berbangsa cina terhadap pekerjanya itu.

Inilah sebenarnya sifat perkauman yang terlalu extrim yang ada dalam jiwa pemimpin DAP seperti Teresa Kok.

Malangnya ramai yang tidak mengetahui.

Monday, June 8, 2009

Kerajaan Perpaduan, UMNO Jangan Terlena

Bila Presiden PAS mencadangkan penubuhan Kerajaan Perpaduan, rupa-rupanya dikalangan pemimpin sendiri ada yang tidak bersetuju. Rupa-rupanya masih ada yang tidak suka kepada perpaduan.

Tuan Guru Nik Aziz, yang dikenali sebagai seorang ulama' juga tidak setuju dengan perpaduan, sedangkan islam sendiri menganjurkan agar umatnya bersatu padu. Persoalannya adakah benar Nik Aziz itu sentiasa merujuk kepada kitab dan al-quran bila membuka bicara?

Dipihak UMNO pula, ramai yang menyambut baik cadangan Kerajaan Perpaduan tersebut. Bukan niat menentang atau anti perpaduan, tetapi AM beranggapan adalah lebih baik UMNO dan Dato Seri Najib mempertimbangkan cadangan presiden PAS itu.

Dalam keadaan sekarang, kita wajib sentiasa berwas pada. Dalam keadaan kita lemah, musuh akan sentiasa memasang jerat. Sedangkan syaitan juga sentiasa menghasut umat islam bila kita sedang berada dalam keadaan lemah dan tidak mempunyai kekuatan.

Kerajaan BN yang ditubuhkan (sebelumnya disebut Perikatan) juga merupakan kerajaan perpaduan. Apa yang dilaksanakan oleh kerajaan sekarang melalui dasar Satu Malaysia, juga merupakan perlaksanaan perpaduan untuk rakyat Malaysia.

Jika PAS benar-benar ikhlas untuk bersatu atas nama bangsa dan agama, mereka sepatutnya terlebih dahulu menjaga tutur kata dan perbuatan. Mereka sepatutnya berfikir terlebih dahulu sebelum bersetuju untuk menyertai DAP dan PKR atas dasar untuk menumbangkan UMNO (BN). Mereka sepatutnya tidak mengajar pengikutnya untuk menderhaka kepada Sultan Perak, semata-mata kerana gilakan kuasa sedangkan yang mendapat kuasa itu juga merupakan orang UMNO (orang melayu dan orang yang beragama islam seperti mereka juga)

Setelah mereka berjaya memecah belahkan bangsa melayu dan rakyat Malaysia dengan segala tohmah dan fitnah demi kuasa, akhirnya mereka menyebut tentang kerajaan perpaduan.

Tidak ada yang tidak kena dengan kerajaan BN, cuma cara berpolitik dan keterampilan pemimpin BN, terutamanya pemimpin UMNO perlu diperbaiki agar rakyat boleh menerima mereka semula. Jikapun bersatu dengan PAS, tetapi sikap dan manteliti masih ditakuk lama, hasilnya akan tetap sama.

Yang penting niat mesti ikhlas, dan perlaksanaan mestilah berhemah. Jangan kerana sudah merasakan lemah, BN (UMNO) terlena dan dengan mudah terpedaya dengan ajakan PAS yang belum tentu ikhlas.

SAHABAT-SAHABAT AM