Debat yang AM faham ialah, menjelaskan dan mempertahankan pendapat dalam sesuatu yang disertakan dengan fakta dan teori. Ia biasanya tidak akan berkesudahan dan tiada titik noktah untuk satu permuafakatan dan persetujuan dalam sesuatu hal. Pemenang biasanya diambil kira sejauh mana pendebat berjaya berhujah berserta dengan fakta yang betul.
Tidak seperti permuafakatan (mesyuarat)yang bertujuan untuk mencari penyelesaian dalam sesuatu permasalahan dengan duduk berbincang dan berlebih kurang, berdebat pula biasanya bertujuan untuk mempopularkan pendebat, mencari publisiti dan mendapat pujian.
AM begitu terguris hati dan tak habis fikir, kenapa seorang yang mendapat pengiktirafan yang begitu tinggi dari ratusan ribu orang, bukan sahaja pengikut PAS malah orang UMNO pun ramai yang hormat kepadanya, Nik Aziz lebih bersedia untuk berdebat, berbanding duduk berbincang untuk mencari jalan penyelesaian dalam apa yang dikatakan sebagai masalah orang melayu dan agama islam.
Semasa Haji Hadi mencadangkan Kerajaan Perpaduan, Nik Aziz telah menjadi dalang besar untuk mengagalkan idea murni tersebut, sebaliknya bila ramai orang meminta agar PM tidak menerima jemputan beliau untuk berdebat, orang tersebut pula digelar sebagai dalang.
Itulah orang politik. Lebih seronok berdebat, kerana orang akan bersorak dan bertepuk tangan. Berdebat juga memberi peluang kepada pemidato untuk menghentam pihak lawan, dengan menggunakan psikologi, kata-kata kesat dan provokasi. Sebaliknya jika berbincang (bermuzakarah) biasanya orang lain tak nampak, tak ada publisiti dan tak ada sorakan. Ayat yang digunakan juga biasanya lebih lembut, berhemah dan mesra.
Jadi, siapakah sebenarnya Nik Aziz? Kenapa beliau lebih memilih debat berbanding muzakarah? Jawapannya, kerana Nik Aziz adalah orang politik dan bukannya ulamak.
No comments:
Post a Comment