Sunday, July 5, 2009

Sampai Bila Orang Melayu Akan Berpecah

Orang melayu terkenal dengan sikap negatif seperti cepat merajuk, melatah, mengungkit berkara lama dan dendam yang tak sudah. Sedangkan itu bukan ajaran agama yang dianuti oleh orang melayu.

Dalam politik negara, PAS keluar dari BN kerana merajuk dan hingga kini dendam Nik Aziz tak pernah pudar hingga menolak mentah-mentah idea kerajaan perpaduan yang diilhamkan oleh presiden PAS sendiri.

PKR ditubuhkan atas dasar dendam kesumat Anwar Ibrahim terhadap Dr Mahathir dan UMNO.
Sekali lagi orang melayu berpecah belah.

Dalam UMNO sendiri perasaan iri hati, dendam dan benci masih lagi berluasa. Walaupun mungkin kini (setelah dihukum semasa PRU-12)agak bertambah baik. Malangnya masih ramai juga yang belum serik. Dulu di Kelantan, pemimpin UMNO sentiasa bertelagah, sehingga susah betul nak menang pilihanraya di negeri itu.

Sana-sini masih terdapat golongan yang kononnya pemimpin masyarakat, pejuang bangsa dan agama, masih bersikap hipokrit, tidak mahu menerima hakikat dan iri hati kepada orang yang berkuasa.

Itulah antara sebab UMNO dipandang sinis oleh orang luar. Hakikatnya dasar UMNO tetap sama, iaitu untuk membantu orang melayu.

Pemimpin bawahan UMNO ini, saling berebut jawatan tetapi malangnya tidak pernah mahu menerima hakikat kekalahan. Bila kalah dalam satu-satu pemilihan, mereka akan mewujudkan kumpulan-kumpulan kecil untuk mengimbangi pemimpin yang dipilih oleh majoriti ahli. Maka wujudlah kem-kem dalam UMNO itu sendiri. Akhirnya orang melayu dalam UMNO juga terbahagi kepada beberapa bahagian kecil.

Pembangkang menang bukan kerana mereka kuat. Orang PKR, DAP, PAS DAN UMNO kena terima hakikat itu. Ramai pemimpin pembangkang yang terkejut sakan bila mereka menang dalam PRU-12. Sebenarnya mereka menang kerana pemimpin BN (UMNO) goyah dek perbuatan sendiri.

Satu perkara yang kita jangan lupa, orang lain sedang memerhati kita untuk mengambil kesempatan. Maka, sedar la sebelum terlambat.

No comments:

SAHABAT-SAHABAT AM