Monday, July 27, 2009

Tindakan Orang-orang Yang Kecewa..

Minggu lepas Chua Jui Meng sertai PKR, dua hari lepas bekas naib presiden MIC S Subramaniam pula sertai PKR. Tak hairan jika dua tiga hari lagi nanti ramai lagi orang yang akan menyertai PKR.

Sebilangan orang mungkin merasakan PKR telah mendapat sambutan dari masyarakat. Sebaliknya AM mempunyai pandangan sendiri. Mereka yang menyertai PKR adalah orang-orang yang kecewa. Untuk meluahkan kekecewaannya mereka sanggup meninggalkan perjuangan parti untuk menyertai pembangkang.

Jangan terkejut, bila keputusan ROS berkenaan siapa yang berhak memegang jawatan Presiden PPP memihak kepada V Murutia (betul ke nama dia?) maka M Kavias juga akan menyertai PKR. Tengok je la nanti. Dan yang sedang AM perhatikan sekarang ialah Timbalan Presiden MCM, Chua Soi Lek. Jika dia terus tertekan, dia juga akan seberang menyertai PKR.

Ada dua kesimpulan yang AM ingin perkatakan. Pertamanya malanglah sungguh pengikut-pengikut dan penyokong PKR nanti bila majoriti pemimpin mereka adalah orang yang kecewa. Sudah pasti mereka bekehendakan sesuatu yang lebih berbanding ketika mereka berada dalam parti lama.

Keduanya, AM merasakan orang-orang ini ada agenda tersembunyi. Mereka merasakan PKR telah cukup kuat dan diterima masyarakat. Kerana merasakan PKR mengamalkan kesama-rataan, peluang mereka untuk 'naik' adalah terbuka luas. Dalam PKR, impian dan cita-cita peribadi mereka akan dengan mudah tercapai jika ditakdirkan PKR dapat memerintah negara.

Bayangkanlah bila orang-orang yang kecewa di beri kuasa. Apa akan terjadi kepada Malaysia jika mereka diberi peluang untuk mentadbir?

1 comment:

ujang said...

PKR hebat kerana diketuai oleh Yang Mulia Kebal Datuk Seri Anwar Ibrahim..salute2...

SAHABAT-SAHABAT AM