Sumber : Utusan Malaysia
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 22 Julai – Dewan Ulama Pas menyifatkan majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lalu yang turut disertai oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai meragukan.
Sehubungan itu Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu sepatutnya tidak hadir pada majlis tersebut kerana sifatnya yang meragukan itu.
Menurutnya, Rasulullah sendiri amat menitikberatkan perkara berkenaan seperti sabdanya yang bermaksud tinggalkan perkara yang engkau ragu dan ambillah perkara yang engkau tidak ragu.
“Hadis ini menyuruh kita meninggalkan perkara-perkara yang meragukan iaitu sesuatu yang hukumnya tidak jelas sama ada halal atau haram. Seperti majlis ini adakah ini upacara agama atau sebaliknya?
“Sebenarnya Pas telah pun membuat satu garis panduan bahawa majlis-majlis yang meragukan tidak harus dihadiri oleh pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli kita,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan Mohammad Nizar menyertai majlis menyalakan lilin anjuran DAP Perak semasa memperingati kematian Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas dan gambar majlis itu disiar oleh New Straits Times pada Sabtu lepas.
Bagaimanapun Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa dalam laporan akhbar hari ini mempertahankan tindakan Mohammad Nizar dengan menyatakan ia tidak menyalahi ajaran Islam.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir pula ketika mengulas isu itu telah meminta ulama Pas mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Mohammad Nizar.
Dalam pada itu, Harun berkata, beliau tidak pasti sama ada Mohammad Nizar sedar atau tidak mengenai garis panduan berkenaan.
“Ini bukan satu fatwa tetapi inilah ketetapan atau garis panduan yang telah kita putuskan selama ini.
AM : Tetap tunggu amanat Tok Guru Nik Aziz
4 comments:
nak kata apa........ cuba baca kenyataan media Ketua Penerangan PAS Perak pula kot-kot kita boleh tengok kalau-kalau ada yang boleh dipertimbangkan lagi manala tau. wallahhuaqlam. http://greenboc.blogspot.com/2009/07/era-najib-altantuya-nyalaan-lilin-bila.html
kalau begitu keluarkan fatwa tentang majlis persandingan dalam perkahwinan. perkara ini juga di luar budaya Islam. tambahan pula persandingan yang melibatkan pendedahan aurat. sudahlah jelas ada melibatkan hukum haram di situ. inilah masyarakat kita yang jelas haram didiamkan. yang keliru tambah dikelirukan. tak mahu mengkaji hanya tahu mengokok tak tentu hala. awas saudara-saudara muslimku sekarang musuh kamu adalah saudara seagamamu sendiri.
Nizar pi nyala lilin - tanyalah niat dia. Kalau nak terbuka lagi, tubuh suruhan raya diraja untuk menentukan kenapa Nizar menyalakan lilin - Sebagai protes diatas ketidakadilan kah, atau kerana dia nak sembahyang pada Tok Pek Kong.
Kadang kadang aku pun malu nak jadi Melayu - kalau boleh tukar keturunan dah lama aku tukar! Bukan pasal bangsa Melayu, tapi takap pemikiran Melayu ni tahap cipan! Isu besar yang dihadapi adalah isu ekonomi, isu rasuah, isu pencabulan hak, isu moral yang merudum, isu pendidikan anak anak Melayu yang tercorot, Isu dadah, isu barnag naik harga hingga mak bapak kerja 24 jam dan melupakan tanggung jawap nak jadi mak bapak! Ini yang jadi muka depan surat khabar Melayu dan blog adalah isu Nizar nyalakan lilin ---- Hoi orang Melayu --- tentukanlah "priority" anda!
Aku dah nak muak tahap meluat dengan benda remeh temeh ini!
Yang jadi isu ini jadi besar ialah kerana PAS selalu sangat kata orang lain kafir, mereka sahaja yang islam tulin. Bila kena kat batang hidung, masing-masing pakat pusing buat cerita lain, agar pekung didada dapat ditutup.
Bukan pasal priority atau apa. Masalah persandingan yang mengikut budaya bangsa/agama lain juga tetap haram. Sapa yang buat, mereka tanggung sendiri dosanya. Yang wajib hanya nikah. UMNO tak pernah kata persandingan itu adalah wajib dalam islam. UMNO tak pernah suka-suka keluar fatwa ikut selera dan nafsu sendiri.
Dalam kes Nizar ni, kalau dia tu orang PKR atau orang melayu dari DAP, mungkin orang tak pertikai. Malangnya Nizar tu dari PAS, parti yang sentiasa mengkafirkan orang lain. Parti yang sentiasa mendakwa mereka sahaja islam.
Sekarang sendiri jawablah..
Post a Comment