Tidak menjadi kehairanan jika anda melihat bendera parti politik tertentu berkibaran dijalan jika parti politik berkenaan mengadakan sesuatu majlis. Juga tidak pelik jika melihat bendera-bendera parti berkibaran bila berlakunya pilihanraya, tak kiralah pilihanraya umum atau pilihanraya kecil.
Tetapi penduduk di Taman Cheras Indah dan Taman Maju Jaya Cheras, bertanya-tanya sesama sendiri sejak dua tiga hari lalu bila melihat bendera UMNO dan bendera PAS dipacakkan bersebelahan disatu jalan di kawasan taman perumah tersebut. Lebih menghairankan lagi, bendera itu dipacakkan dihadapan markas salah satu parti berkenaan dan dikonkrit dengan simin, mungkin untuk mengelakkan dicabut oleh orang-orang yang bertanggung-jawab.
Itulah uniknya orang melayu. Mereka akan bergaduh, tetapi tidak akan bermusuhan selama-lamanya. Mereka akan bermasam muka, tetapi tetap bermaaf-maafan bila telah reda (terutama bila hari raya) dan akan tetap menziarah jika berlaku kematian. Mereka berlainan parti, tetapi tetap duduk bersama diwarong kopi sambil bergelak ketawa dan bercerita hal-hal semasa. AM yakin, orang yang memasang bendera tersebut sedar betapa pentingnya tali persaudaraan diantara orang melayu seagama.
Sebenarnya hati dan jiwa orang melayu ini lembut. Malangnya ada golongan tertentu, atas sebab tertentu telah meracuni pemikiran dan jiwa orang melayu, sehingga mereka berpecah belah. Malangnya ada sebahagian lagi orang melayu yang tidak sedar bahawa mereka telah dipergunakan oleh individu berkenaan untuk mencapai cita-cita peribadi sendiri.
No comments:
Post a Comment