Monday, July 27, 2009

Fatihah Untuk Yasmin Ahmad

Al Fatihah....

AM tidak mengenali beliau secara peribadi (walaupun dapat tahu bahawa arwah berasal dari Johor gak...satu kampung ek..)

Karyanya tidak mengerjar publisiti. Dan dia tidak mengejar glamor macam orang lain, tetapi banyak karyanya telah diterima dinegara luar walaupun kadang-kala seperti dianak-tirikan dinegara sendiri.

Filem Sepet arahannya banyak memberi kesan kepada rakyat Malaysia yang cintakan perpaduan. Yang telah menonton filem itu mesti tahu jalan ceritanya. Dia menyelitkan kehidupkan sebenar rakyat Malaysia yang berbilang bangsa. Tak perlu berlatar belakangkan banglow 3 tingkat dan kereta mewah.

Aku tak pasti kenapa filemnya lebih diterima diluar negara berbanding dengan di negara sendiri.

Ada orang bercerita berkenaan peribadinya. Tetapi AM tidak peduli. Bagi AM Yasmin adalah seumpama lebah yang berbisa, tetapi tetap meninggalkan madu untuk santapan semua...

No comments:

SAHABAT-SAHABAT AM