Saturday, July 25, 2009

PR guna satu lambang?

AM sendiri tak merasakannya sebagai isu menarik bila Azmin Ali mengatakan bahawa PR akan menggunakan satu lambang seperti BN untuk menghadapi pilihanraya ke-13.

Bila Dato Razali Ibrahim, mengulas dalam Sinar Harian hari ini, baru AM terfikir untuk menulis berkenaan isu itu.

Bila PR didaftarkan, tentu barisan kepimpinan tertinggi parti itu nanti akan diisi oleh orang-orang yang bakal memegang tampuk kepimpinan negara, jika ditakdirkan mereka memenangi pilihanraya ke-13.

AM andaikan hanya DSAI sahaja yang layak untuk menjadi Pengerusi PR. Tidak mungkin sama sekali Lim Guan Eng atau Haji Hadi Awang. Lantas bolehkan PAS dan DAP berketuakan pemimpin PKR sepertimana parti-parti komponen BN mengiktiraf pemimpin UMNO sebagai pengerusi BN?

Jika mereka boleh menerima Anwar, bolehkah juga mereka menerima Syed Hussein Ali sebagai Timbalan Pengerusi PR yang secara otomatik akan menjadi Timbalan Perdana Menteri jika mereka memerintah? Perlu diingat, Syed Hussein bukanlah seorang ahli parlimen.

Lantas dimanakah kedudukan pemimpin-pemimpin PAS dan DAP? Adakah mereka bersedia untuk menjadi ahli majlis tertinggi PR dan seterusnya hanya memegang jawatan menteri dan timbalan menteri sahaja?

Atau, adakah penyokong-penyokong PAS dan PKR bersedia menerima Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng sebagai Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya menjadi Perdana Menteri dari kalangan bukan melayu pertama di negara ini?

No comments:

SAHABAT-SAHABAT AM