Setelah sekian kalinya, perbicaraan kes liwat DSAI ditangguh lagi.
Kita hendak kedua-dua pihak mendapat keadilan. Jika benar Anwar teraniaya maka hukumlah orang yang menganiaya. Jika benar Anwar bersalah, maka hukum lah dia.
Diketika mahkamah sering dituding sebagai kuda tunggangan kerajaan, tidak bolehkah kerajaan mengarahkan agar perbicaraan tersebut dipercepatkan?
Ini kes berat. Kes melibatkan maruah orang. Kes melibatkan kepercayaan orang ramai. Dan yang paling penting kes ini telah menyebabkan rakyat Malaysia berpecah belah. Kenapa segala permohonan itu dan ini oleh pihak pendakwa dan pembela tidak dilakukan sejak kes itu disebut di Mahkamah tahun lepas. Kenapa dah dekat dekat nak bicara baru mula menuntut macam-macam?
Sampai bila nak tangguh-tangguh? Kes telah berlanjutan selama setahun lebih. Jika pada peringkat awal mahkamah merasakan pihak pendakwa dan pembela belum bersedia dari segala sudut, maka tetapkan terus perbicaraan pada 2 September. Kenapa perlu 24 Julai, dan akhirnya ditangguhkan lagi kepada 2 September. AM tak yakin bahawa 2 September itu menjadi tarikh penentu. Mesti ada penangguhan lagi.
Akhirnya bila salah seorang meninggal dunia, sebutan kes tak ada gunanya lagi. Lebih dari itu, tempoh yanbg panjang itu akan menyebabkan perpecahan antara rakyat menjadi bertambah parah.
No comments:
Post a Comment