Friday, July 31, 2009

Anti ISA?

Kumpulan yang menggelarkan mereka pejuang anti ISA akan menganjurkan demostrasi untuk mendesak kerajaan menghapuskan akta itu.

AM tidak hendak bercerita banyak tentang isu ini (kerana kurang arif), tetapi ingin bertanya kepada orang-orang ini, sejauh manakah akta tersebut memberi ancaman kepada kehidupan mereka dan orang ramai? Apa yang menyebabkan mereka beria benar hendak menghapuskan ISA? Berapa ramaikah sanak saudara dan sahabat andai mereka yang telah teraniaya oleh ISA?

Kalau setakat hendak berpolitik, menghentam kerajaan, menghina, mengutuk atau apa sahaja, tidak perlu lah takut kepada ISA, kerana tidak mungkin mereka akan ditangkap dibawah ISA semata-mata hanya kerana mengutuk dan menghina kerajaan. Paling-palingpun mungkin akan ditangkap dan didakwa atas kesalahan menghina atau menghasut. Jika mereka berhasrat untuk menghapuskan akta ISA, tuntutlah juga agar kerajaan menghapuskan akta hasutan, akta rahis rasmi dan yang seumpamanya, kerana akta itulah sebenarnya yang lebih memberi ancaman kepada mereka.

Apa yang AM takut, mereka ini sebenarnya tidak sedar yang mereka telah digunakan oleh anasir luar, yang berharap akta yang dianggap zalim ini dapat dibubarkan, agar mereka bebas melakukan apa sahaja yang mereka rancangkan sesuka hati, tanpa perlu takut tertangkap. Pernah juga AM terfikir, adakah kerana nama ISA itu menyerupai nama Nabi Isa, anak tuhan bagi penganut kristian, maka ada orang yang menganggap kerana ISA itu zalim, ianya seolah-olah menggambarkan Nabi Isa itu zalim? Jadi golongan ini menggunakan parti-parti pembangkang di Malaysia untuk menuntut agar ISA dihapuskan agar nama baik Nabi Isa tetap terpelihara. Harap-harap AM tersilap..

Pihak polis perlulah lebih berwaspada dengan golongan ini. Jangan beri mereka terlalu banyak ruang. Jangan terlalu memberi muka. Mereka tidak akan pernah berterima kasih jika pihak polis berlembut berlembut.

No comments:

SAHABAT-SAHABAT AM