Saban tahun cerita yang sama. Ada yang pernah didakwa (walaupun tak pasti apa kesudahannya)yang pasti ianya tetap berlaku . Kisah berkenaan pembahagian tapak pasar juadah.
Para penjaja ingin mendapat keuntungan lebih semasa bulan puasa, kerana meraka tidak mendapat bonus seperti pekerja swasta atau kerja kerajaan. Malangnya ada yang mencari untung berlebih-lebihan dengan hanya menjual tapak pasar juadah.
DBKL sepatutnya berbuat sesuatu untuk mengatasi masalah yang seperti tidak terkawal ini. Ada orang yang sanggup berbelanja lebih, mengupah berpuluh orang rakan, untuk memohon tapak pasar juadah. Dengan syarat yang tidak ketat, sesiapa juga boleh mendapatkan pasar juadah yang dijalankan secara 'nasib'.
Dipintu utama telah menunggu berpuluh orang luar, yang sanggup membayar ribuan ringgit untuk satu tapak. Orang yang ada nasib, boleh dapat 3 atau 4 tapak, dengan sekelip mata boleh mengaut untung dengan menjualkannya kepada orang yang sanggup membayar dengan harga lebih tinggi.
Manakala diluar sana, ramai lagi penjaja sebenar, yang hidup dengan berniaga sepanjang tahun, tidak dapat peluang berniaga dibulan puasa, kerana tidak mempunyai modal untuk mengupah orang yang lebih ramai supaya lebih cerah peluang untuk mendapatkan tapak berniaga.
Sepatutnya benda macam ini perlu diberi perhatian oleh SPRM.
No comments:
Post a Comment