Friday, July 24, 2009

Benang Yang Basah Jangan Ditegakkan...

Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim kata:

...amalan memegang lilin dan colok bagi orang Cina adalah budaya nenek moyang yang sudah turun temurun dan bukan amalan agama.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, sekiranya beliau dijemput masyarakat Hindu atau Cina ke tempat ibadat mereka, beliau akan bertanya terlebih dahulu adakah program keagamaan atau adat resam.

"Saya kata kalau soal agama saya tak boleh pergi, tetapi adat resam atau budaya saya boleh pergi.

"Tiap-tiap tahun anak cucu kita menyambut ulang tahun kelahiran mereka dengan memacak lilin atas kek mengikut umur.

"Kalau setahun sebatang lilin kemudian menghembuskan, jadi lilin ni digunakan sebagai satu perkara yang simbolik terhadap sesuatu perkara lain. Begitu juga dalam masalah yang diheboh sekarang ni," ujarnya.

======>>

AM tidak tahu samada Khalil Idham Lim itu ADUN PKR atau ADUN PAS. Apapun, itulah persepsi dia tentang lilin. Kalau dia ADUN PKR, AM tak terkejut sangat, tetapi kalau dia ADUN PAS, AM harap pemikiran dia tidak mewakili pemikiran keseluruhan ADUN PAS dan pemikiran pemimpin-pemimpin tertinggi PAS.

Rupa-rupanya dalam PAS ada juga orang yang menganggap meniup lilin ketika sambut harijadi itu dibenarkan dalam islam.

Wahai Idham, jika budaya itu tidak mencalarkan akidah memang boleh, seperti menziarahi mereka ketika perayaan tahun baru cina atau deepavali. Kalau dah sampai pegang lilin dan bertafakur, budaya apa namanya?

No comments:

SAHABAT-SAHABAT AM