Monday, July 27, 2009

Pemimpin UMNO Jangan Terlena Lama Sangat

Nampaknya pemimpin UMNO tidak serik-serik dengan permainan politik pihak pembangkang.

Hari itu bila Haji Hadi memperkenalkan konsep kerajaan perpaduan, nampaknya pemimpin UMNO saja yang berlebih-lebih semangat. Macam desperate sangat. Akhirnya hasrat tak kesampaian.

Baru-baru ini Nik Aziz meluahkan lagi hasrat untuk berbaik-baik dengan kerajaan pusat. Ianya disambut begitau baik oleh naib-naib persiden UMNO.

AM nasihatkan pemimpin UMNO jangan macam gila talak. Jangan buang masa dengan kerja-kerja yang tak pasti kesudahannya. Banyak lagi kerja yang wajib mereka laksanakan, bukannya melayan karenah orang-orang yang sentiasa bermain-main dengan emosi rakyat.

Jangan terlena lama sangat. Kalau benar niat kedua-dua pihak ikhlas dan mendapat keredaan Allah, mnaka akan terlaksanalah perpaduan. Jika tidak, biar sahaja kita terus berpecah belah. Siapa peduli?

No comments:

SAHABAT-SAHABAT AM