Sana-sini orang kata, UMNO dan BN menggunakan harta dan instrument kerajaan untuk kepentingan politik.
Tapi kalau hendak kata badan-badan kerajaan seperti polis, SPRM, badan kehakiman dan seumapamanya digunakan oleh kerajaan, rasanya tidak betul, kerana satu demi satu orang kerajaan dan orang UMNO juga tidak terlepas dari dikenakan tindakan.
Berbalik kepada harta kerajaan yang digunakan oleh parti politik, aku rasa siapa sahaja yang perintah, perkara itu tetap berlaku.
Di selangor, kerajaan negeri secara terang-terang menggunakan majlis perbandaran untuk menjayakan matlamat mereka. Bukan sahaja dewan-dewan, malah 'car wash' yang dikenal pasti kepunyaan orang UMNO telah dirampas. Alasan yang diberi ialah kawasan tersebut tidak sesuai untuk dijadikan tempat mencuci kereta. Malangnya, keesokan harinya, ditempat yang sama, perniagaan yang sama (car wash) tetapi kepunyaan pemuda PKR telah didirikan. Apa carita?
Mereka rampas dewan kerana tidak mahu bangunan yang didirkan ditanah kerajaan digunakan untuk kegiatan politik, tetapi dalam masa yang sama mereka membenarkan PAS menggunakan stadium malawati sebagai tempat muktamar tahunan. Apa cerita?
No comments:
Post a Comment