Sebenarnya bila pemimpin-pemimpin pembangkang menuntut agar ditubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat punca kematian TBH, AM berbelah bagi, setuju dan tak setuju.
Setuju kerana keadilan mesti dicari terutama untuk TBH dan keluarganya. Lebih dari itu untuk memuaskan hati rakyat Malaysia, tak kira mereka penyokong kerajaan atau penyokong PR. Lalu ada penulis blog yang awal-awal lagi menulis bahawa hanya UMNO sahaja yang menolak penubuhan Suruhanjaya Diraja.
AM tidak setuju Suruhanjaya Diraja ditubuhakan kerana seperti yang banyak kali AM katakan kepada kawan-kawan, jika diturunkan malaikat sekalipun untuk menyiasat, dan jika akhirnya keputusannya tidak menyebelahi pembangkang, mereka akan tetap kata malaikat telah dipergunakan oleh UMNO.
Hari ini AM terbaca dalam akhbar Harakah (sila rujuk) si muka tebal, Datuk Zahid Ibrahim mempertikaikan penubuhan Suruhanjaya itu. Dia kata, .."seolah-olah dengan penubuhan Suruhanjaya itu, semua persoalan akan selesai.."
Jadi apa sebenarnya yang mereka hendak? Sebenarnya mereka bukan hendakkan kebenaran sebaliknya yang mereka mahukan ialah publisiti untuk kepentingan politik. Sebab itu Zahid Ibrahim kata, satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah itu ialah dengan menukar kerajaan BN dengan kerajaan PR.
Pelik juga, bagaimana orang seperti dia boleh dapat jadai peguam. Dan yang lebih penting bagai mana orang seperti dia masih boleh diterima oleh masyarakat untuk menjadi pemimpin? AM rasa Zahid ini bukan sahaja tidak memegang kepada undang-undang demokrasi, entah-entah undang-undang islam pun dia tolak ketepi.
No comments:
Post a Comment