Satu-satunya kesalahan besar SPRM terhadap kematian Teo Beng Hock, saksi siasatan mereka ialah membiarkan Beng Hock terus berada di bangunan SPRM, tanpa ada usaha untuk menjaganya, atau menghantarnya pulang selepas disoal siasat.
Sememangnya tiada peruntukan undang-undang yang mewajibkan pegawai SPRM menghantar kembali saksi yang dipanggil, pulang ke rumah selepas disoal siasat. Tetapi tiadakah budi bicara, memandangkan ketika itu telah pukul 3 pagi, untuk menghantar Teo Beng Hock pulang kerumah?
Kadang kala, kelalaian sedikit sahaja,boleh membawa risiko yang terlalu besar. Sekarang SPRM terpaksa membuktikan kepada rakyat bahawa kematian Teo Beng Hock adalah atas perbuatan sendiri, dan bukannya angkara pihak ketiga seperti yang disangka oleh pihak-pihak tertentu.
Mungkin SPRM perlu menayangkan semula rakaman dari camera tertutup ruang legar di SPRM dimana mendiang kelihatan berehat disitu sebelum dijumpai mati, agar rakyat mendapat maklumat yang tepat.
Jangan pula hendaknya nanti kita dengar, ada masalah taknikal pada camera, atau camera tidak berfungasi..
2 comments:
selamat hari jumaat.
(ya, sprm seharusnya bertanggungjawab kerana kematian saksi berlaku di premis mereka beberapa jam selepas soal siasat.lupakan dari parti atau bangsa apa pun saksi tersebut, yang sepatutnya berkahwin (?) hari ini)
btul tu bro pyan..kita juz inginkan ketelusan..xkira bangsa apepun..bayangkan kalau kite duk tmpat budak tu camne?ha...
Post a Comment