Saturday, July 25, 2009

Yang Pelik Di Sungai Pelik

AM sungguh pelik bila membaca blog t4tbh. Jika benar, maka sungguh hebat orang itu, sehingga sanggup menipu kerajaan negeri (ketika itu kerajaan BN) sedangkan dalam masa yang sama pihak pembangkang tidak henti-henti menuduh pihak kerajaan salah guna kuasa, makan duit rakyat dan macam-macam perbuatan keji.

Yang pelik lagi, kenapa tiada ADUN dari BN yang boleh menghidu salah guna kuasa ADUN DAP tersebut dan melaporkan kepada pihak berkuasa, sedangkan bila Khalid Ibrahim ubahsuai kereta induvidu yang tak seberapa ringgit itu pun orang boleh tahu.

Yang peliknya lagi, ketika pembangkang mendakwa kebajikan ADUN pembangkang diabaikan, adakah menteri besar ketika itu tidak menyelidik terlebih dahulu sebelum meluluskan permohonan ADUN berkenaan?

Apapun, itulah sikap sebenar parti pembangkang. Diketika mereka mengeluarkan kenyataan demi kenyataan, mengutuk dan menghina BN (terutamanya UMNO), pekong didada mereka didedahkan sendiri oleh ahlinya.

AM tertarik dengan dua perenggan ini:

This is actually not corruption. Corruption means you get money illegally from someone else. In the UMNO style, someone gets a project. Then they pay through a runner 10% or 20%, usually in cash inside a bag. Very simple and also quite smart.

But the DAP are quite stupid. They set up their own dummy companies, create fake invoice, fake projects and then take the money out. This is stealing, not corruption. But because they abuse their power it is also involving corruption. In the process they leave behind a very long trail of documents and evidence.

Perbezaan antara orang UMNO dan Pembangkang, orang UMNO cari keuntungan setelah membuat kerja, tetapi Pembangkang sentiasa mencari keuntungan sebelum membuat apa-apa kerja.

No comments:

SAHABAT-SAHABAT AM