Thursday, July 30, 2009

Nilai Sebuah Nyawa...

Beberapa bulan yang lalu, seorang pelajar UKM dijumpai mati di kawasan tempat letak kereta appartment penginapannya. Beberapa minggu yang lepas, seorang pelajar lelaki UM dijumpai mati dipercayai terjatuh dari bangunan setinggi 16 tingkat.

AM menunggu kalau-kalau ada reaksi dari pemimpin masyarakat atau ahli politik berkenaan kematian itu. Tapi nampaknya Teo Beng Hock lebih bernasib baik kerana kematiannya diratapi oleh ribuan orang, dan ribuan lagi menuntut bela atas kematiannya itu.

Nampaknya nyawa dua pelajar ini tidak begitu menilai sangat bagi kita. Kerana kematiannya tidak memberi apa apa keuntungan politik kepada kita. Pelajar ini, yang mengalas harapan tinggi ibubapa, untuk menjadi insan berguna pada masa hadapan, terpaksa memilih untuk mati dari menyambung pembelajarannya.

Persoalannya apakah sebenarnya masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar ini? Atau adalah sebab-sebab lain seperti pertelingkahan sesama rakan atau tekanan pembelajaran yang tidak mampu ditanggung atau masalah kewangan yang membebankan mereka?

Tidakkah kita perlu juga menuntut satu suruhanjaya diraja untuk menyiasat punca kematian mereka?

No comments:

SAHABAT-SAHABAT AM