Kisah kongsi gelap menggunakan ahli politik dan parti politik sebagai payung tempat berteduh, bukanlah perkara baru. Rasanya ramai yang dah tahu cuma buat-buat terkejut bila mendengar berita berkenaan kongsi gelap yang bermaharajalela di dalam parti politik tertentu.
Kisah dimana calon parti politik ditaja oleh ahli kumpulan kongsi gelap, dan dijanjikan jawatan ahli majlis PBT jika calon berkenaan memenangi pilihanraya, sudah lama diketahui oleh rakyat bawahan.
Sebenarnya parti politik seperti DAP, PAS mahupun UMNO tidak boleh dipersalahkan. Sebaliknya orang-orang tertentu yang mengelinap masuk ke dalam parti politik, menumpang tuah pemimpin-pemimpin tertentu dalam parti politik berkenaan untuk meluaskan pengaruh dan kuasa mereka.
Dalam parti PAS sendiri (yang tunjang perjuangannya adalah Islam) terlalu ramai orang jenis ini yang telah berjaya bertapak. Sebab itu saban hari kita melihat tindak tanduk orang yang kononnya ahli parti PAS, tetapi bertindak mengalahkan setan mata satu. Memaki hamun, mengkeji, menghina, mencarut...sebut apa sahaja, telah menjadi budaya mereka. Waimah merka sanggup menggunakan kekerasan jika terpaksa, sedangkan terang-terang Islam melarang kekerasan dan menggalakkan umatnya sentiasa bersabar dan berserah.
Apapun kita tidak pernah menyalahkan parti PAS kerana perbuatan ahlinya itu, walaupun pemimpin dan pengikut parti pembangkang kerap melebal UMNO sebagai parti korapsi hanya kerana beberapa pemimpinnya korap, dan menuduh UMNO kafir hanya kerana mengambil contoh sebilangan pemimpin dan ahli UMNO yang nampak lebih sosial, tidak ada janggut dan tidak berserban.
No comments:
Post a Comment