Thursday, July 23, 2009

Perihal ISA Dan Undang-Undang Di Malaysia

Bila sebut ISA rasanya rata-rata orang yang bercerita tentangnya sekarang ini tidak tahu sejarah penubuhan ISA.

Bila AM ajukan pertanyaan tentang ISA kepada orang-orang lama, mereka kata sebenarnya ISA ditubuhkan selepas peristiwa 13 Mei. Ia memberi kuasa penuh kepada menteri dalam negeri untuk menahan individu yang mengancam keselamatan negara.

Sebenarnya kalau itung-itung sejak dulu, kakitangan kerajaan, pemimpin kerajaan dan orang melayu yang paling ramai kena tahan. Dulu masa Asri Al-Arqam kena tahan, masa pengikut Al-Maunah kena tahan, tak ramai pun orang yang menentang dan meminta ISA dimansuhkan. Tak faham kenapa baru sekarang ISA itu seperti menjadi satu ancaman yang maha dahsyat kepada orang-orang tertentu.

Begitu juga dengan undang-undang Malaysia. Sebenarnya kalau kira, orang UMNO dan BN lebih ramai yang kena tahan kerana didapati bersalah berbanding pemimpin pemimpin parti pembangkang. Kisah Datuk Harun yang dipenjara kerana rasuah, kisah Datuk Mokhtar Hashim yang kena penjara kerana terlibat dalam kes pembunuhan Datuk Taha, kisah menteri-menteri BN dan wakil rakyat UMNO terkantoi kerana kesalahan rasuah dan salah guna kuasa, tidak pernah terlepas dari undang-undang. Anwar Ibrahim juga asalnya adalah pemimpin UMNO. Orang-orang PAS ketika itu menjaja kesana kemari perihal salah laku Anwar Ibrahim.

Seperti kebanyakan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain, Anwar Ibrahim tidak terlepas dari tindakan undang-undang. Lantas beliau dibicarakan dan dijatuhkan hukuman.

Beza antara Anwar Ibrahim dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain, yang juga telah menerima padah atas kesalahannya ialah, pemimpin lain itu akur dengan undang-undang tetapi Anwar Ibrahim terlalu pandai berhujah untuk mempolitikkan undang-undang. Sebab itu, sampai sekarangpun AM tetap berpendapat, selain Bung Karno Indonesia, tiada orang di Nusantara ini sehebat Anwar berpidato. Dia hebat kerana pidatonya. Rami yang cair. Ramai yang percaya dia mangsa konsprasi.

Ramai orang yang siang malam kata pemimpin UMNO rasuah. Tetapi sejauh manakah mereka yakin bahawa orang yang dituduh itu (kalau benar mereka rasuah) tidak mempunyai kepintaran serupa Anwar dan tidak bertindak seperti tindakan yang Anwar lakukan?

Yang terakhir, yang buat AM terlalu kecewa dengan PAS ialah, mereka terlalu pandai mengambil kesempatan. Bila Anwar dalam UMNO, mereka tak henti-henti hentam Anwar. Tanyalah Mat Sabu, dia tahu segala-galany. Malangnya bila Anwar telah didapati bersalah, mereka bukan sahaja berlumba-lumba menyambut tangan Anwar malah bersama-sama dengan Anwar menghentam UMNO.

No comments:

SAHABAT-SAHABAT AM