Monday, June 29, 2009

Aduhai Tok Guru


Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba tok guru Nik Aziz mencabar Datuk Seri Najib untuk berdebat dengannya untuk mencari penyelesaian atas apa yang dikatakan perpecahan antara orang melayu, iaitu tidak sampai sebulan beliau menolak mentah-mentah cadangan presiden PAS sendiri, Datuk Seri Haji Hadi.

Apa matlamat dan apa motif Nik Aziz sebenarnya, hanya orang yang mahu berfikir secara rasional sahaja dapat menduga. Bagi pengikut fanatik PAS, tentulah apa sahaja yang diperkatakan oleh Nik Aziz akan disokong. Jika mungkin Nik Aziz mengatakan arak itu boleh diminum, maka tidak mustahil ramai penyokong PAS akan mempercayainya dan jika Nik Aziz berkata, daging babi itu boleh dimakan, maka tidak hairan ada yang menghidangkan rendang daging babi untuk santapan tengahari. Bukankah sebelum ini pun Nik Aziz sesuka hati dan selembut lidahnya mengatakan orang UMNO itu kafir, mengundi PAS akan masuk syurga, tuhan itu mencarut dan macam-macam lagi, dituruti oleh pengikutnya tanpa prajudis?

Nik Aziz tidaklah lebih hebat dari Anwar Ibrahim, tidak juga lebih istimewa dari Lim Kit Siang dan tidak ada perbezaan dari mana-mana ahli politik. Gelaran ulamak itu hanyalah rektorik semata-mata.

Dengan berdebat dapatlah beliau mempromosikan namanya sebagai hero PAS yang boleh berdebat dengan seorang Perdana Menteri. Selain itu juga beliau boleh menggunakan pentas debat untuk menghentam dan mengkritik UMNO secara berdepan dan disaksikan dan disorak oleh pengikut-pengikutnya.

Berbanding dengan bermuzakarah yang boleh berkongsi idea dan pendapat secara berhemah dan beradab, berdebat akan menjadikan seseorang akan tetap mempertahankan ideanya, dengan kata-kata yang tinggi, keras dan kasar. Bangsa lain dan mungkin satu dunia akan mentertawakan bangsa melayu dan umat islam. Maka itulah yang dipilih oleh Nik Aziz.

Diharapkan rakyat, terutamanya orang melayu dan beragama islam cepat bermuasabah diri, dan menilai pemimpin-pemimpin yang mereka agung-agungkan. Jangan sampai nasi menjadi bubur.

1 comment:

hilbert said...

Salam Anakmerdeka,

Sayapun sangat terkejut dengan jemputan yang paling lucu dan yang paling "LAWAK" daripada Nik Aziz kepada PM YAB Datuk Seri Najib untuk berdebat secara terbuka.

Tak sangka ye, sampai begitu teruk sekali sudah Nik Aziz ni, nasib baik dia tidak jadi Ahli Parlimen, kalau tak.., pasti sekali diapun akan dijangkiti virus S1N3 wabak dari Negeri Perak tu. ...tentu juga dalam Dewan Rakyat Nik Aziz akan berteriak ikut Nizar, Ngeh, Nga macam ni...BUBAR!!!..DUN...

...ataupun mungkin dia akan gunakan kata kiasan dia begini semasa berteriak...BABI!!!..DAP... KATAK !!!..PKR... KUDA!!!..PAS... didalam Dewan Rakyat. Ya, itukan kata kiasan Nik Aziz hehehe...

Cuma apa yang saya risau jika PM kita layan cabaran Ularma Nik Aziz tu nanti..,larat ke tak Nik Aziz berdiri berjam-jam kat atas podium atau stage tu berdebat dengan PM kita yang ternyata cergar begitu... alahai Nik Aziz..yang sudah tu sudahlah..tak payahlah nak ludah ke langit selalu...

Nik Aziz tu pun bukannya pejuang agama Islam, dia tu peuang politik. Kalau betul dia pejuang agama Islam, mengapa pula dengan DAP dia sanggup bekerjasama tapi tidak dengan UMNO ???. Kenapa dengan Lee Kuan Yew dia boleh tunjuk tanda "bagus" tetapi kenapa tidak dengan YABhg. Tun Dr. Mahathir, Tun Abdullah dan YAB Datuk Seri Najib ???

Nik Aziz tak tau nak membezakan antara pasir dengan permata ke ??? Nik Aziz tak tau nak menilai antara perjuangan DAP dengan perjuangan UMNO.., siapa yang memperjuangkan Islam dan Melayu DAP ke UMNO ??? Nik Aziz tau tak, bahawa DAP lah yang menentang Islam serta ketuanan Melayu dan bukannya UMNO sebagaimana yang didakwa oleh Nik Aziz...betul,betul nyanyuk dah Nik Aziz tu.

SAHABAT-SAHABAT AM