Monday, June 8, 2009

Kerajaan Perpaduan, UMNO Jangan Terlena

Bila Presiden PAS mencadangkan penubuhan Kerajaan Perpaduan, rupa-rupanya dikalangan pemimpin sendiri ada yang tidak bersetuju. Rupa-rupanya masih ada yang tidak suka kepada perpaduan.

Tuan Guru Nik Aziz, yang dikenali sebagai seorang ulama' juga tidak setuju dengan perpaduan, sedangkan islam sendiri menganjurkan agar umatnya bersatu padu. Persoalannya adakah benar Nik Aziz itu sentiasa merujuk kepada kitab dan al-quran bila membuka bicara?

Dipihak UMNO pula, ramai yang menyambut baik cadangan Kerajaan Perpaduan tersebut. Bukan niat menentang atau anti perpaduan, tetapi AM beranggapan adalah lebih baik UMNO dan Dato Seri Najib mempertimbangkan cadangan presiden PAS itu.

Dalam keadaan sekarang, kita wajib sentiasa berwas pada. Dalam keadaan kita lemah, musuh akan sentiasa memasang jerat. Sedangkan syaitan juga sentiasa menghasut umat islam bila kita sedang berada dalam keadaan lemah dan tidak mempunyai kekuatan.

Kerajaan BN yang ditubuhkan (sebelumnya disebut Perikatan) juga merupakan kerajaan perpaduan. Apa yang dilaksanakan oleh kerajaan sekarang melalui dasar Satu Malaysia, juga merupakan perlaksanaan perpaduan untuk rakyat Malaysia.

Jika PAS benar-benar ikhlas untuk bersatu atas nama bangsa dan agama, mereka sepatutnya terlebih dahulu menjaga tutur kata dan perbuatan. Mereka sepatutnya berfikir terlebih dahulu sebelum bersetuju untuk menyertai DAP dan PKR atas dasar untuk menumbangkan UMNO (BN). Mereka sepatutnya tidak mengajar pengikutnya untuk menderhaka kepada Sultan Perak, semata-mata kerana gilakan kuasa sedangkan yang mendapat kuasa itu juga merupakan orang UMNO (orang melayu dan orang yang beragama islam seperti mereka juga)

Setelah mereka berjaya memecah belahkan bangsa melayu dan rakyat Malaysia dengan segala tohmah dan fitnah demi kuasa, akhirnya mereka menyebut tentang kerajaan perpaduan.

Tidak ada yang tidak kena dengan kerajaan BN, cuma cara berpolitik dan keterampilan pemimpin BN, terutamanya pemimpin UMNO perlu diperbaiki agar rakyat boleh menerima mereka semula. Jikapun bersatu dengan PAS, tetapi sikap dan manteliti masih ditakuk lama, hasilnya akan tetap sama.

Yang penting niat mesti ikhlas, dan perlaksanaan mestilah berhemah. Jangan kerana sudah merasakan lemah, BN (UMNO) terlena dan dengan mudah terpedaya dengan ajakan PAS yang belum tentu ikhlas.

No comments:

SAHABAT-SAHABAT AM