Banyak benda dalam dunia ini yang orang boleh berkompromi tetapi bukan pasal maruah. Orang sanggup membunuh jika maruahnya tercemar. Orang sanggup menyaman berjuta ringgit jika ada pihak yang dianggap telah mencemarkan maruahnya.
Lalu adakah orang yang berakal di dunia ini yang sanggup dengan sengaja (atau dipaksa) menggadaikan maruahnya? Jika ada, berapakah agaknya jumlah gadaian itu?
Maruah adalah harga diri. Dalam dunia bertamadun, belum ada (rasanya) yang sanggup mendedahkan rahsia peribadinya dan menjual maruahnya hanya kerana wang ringgit, jika bukan kerana sesuatu yang bersebab. Apatahlagi jika perkara itu tidak dilakukannya.
Seorang ibu, mungkin boleh melacurkan dirinya untuk mendapat duit bagi membiayai anak-anaknya, tetapi tidak mungkin dia akan memberitahu anak-anaknya bahawa wang yang diberi kepada anak-anaknya itu adalah hasil dari duit lendir.
Kegiatannya menjual maruah itu adalah hal lain, tetapi untuk memberitahu orang bahawa dia memberi makan anak-anaknya dengan hasil pelacuran, tidak mungkin sama sekali.
Dalam kes Saiful, dia mungkin seorang gay, tetapi tindakannya memberitahu umum dan membuat laporan polis bahawa dia telah diliwat oleh Anwar Ibrahim adalah sesuatu tindakan berani yang tidak mungkin boleh hadir dengan paksaan atau dengan habuan jutaan ringgit.
Tetapi atas dasar bertanggungjawab untuk menyelamatkan rakyat Malaysia yang mungkin akan terus tertipu dengan tindak tanduk Anwar Ibrahim, dia nekad membuat pendedahan.
Jika ini tidak dilakukan, maka rakyat Malaysia akan mempunyai seorang pemimpin yang mempunyai hobi yang pelik. Lebih dari itu, mungkin inilah 'petunjuk' dan hukuman dari Allah terhadap Anwar yang mempunyai motif dan rancangan yang sangat jahat terhadap negara ini.
Jika Anwar Ibrahim adalah seorang rakyat biasa, seorang ahli koprat atau penjawat awam yang tidak mempunyai kuasa Saiful mungkin tidak membuat pendedahan tentang salahlaku Anwar Ibrahim. Hakikatnya Anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin dan ahli politik yang disegani.
Siapakah Saiful yang terlalu berani membuat 'laporan palsu' terhadap orang besar seperti Anwar Ibrahim?
Anwar Ibrahim mendakwa bahawa tuduhan itu adalah konsprasi kerajaan. Lalu penyokonnya percaya.
Persoalan mudah yang sangat mudah dijawab ialah, adakah kerajaan Malaysia terlalu bodoh melakukan konsperasi terhadap Anwar dengan menggunakan budak mentah seperti Saiful yang pada bila-bila masa sahaja boleh membocorkan rahsia?
Jika Najib terlalu hina sehingga sanggup membunuh Altantunya (seperti dakwaan pembangkang), mengapa dia tidak boleh menghabiskan sahaja riwayat Anwar Ibrahim semasa Anwar berada di luar negara. Macam-macam boleh dilakukan termasuk merancang kemalangan jalan raya atau rompakan nekad terhadap Anwar sehingga meragut nyawanya.
Adakah terlalu sukar membunuh Anwar di luar negara berbanding membunuh Altantunya di dalam negara sendiri?
Mengapa perlu membuat skrip untuk dihafal oleh Saiful yang akan ditanya bertalu-talu oleh barisan peguam hebat yang diketuai oleh Karpal Singh? Mampukah Saiful memikul tanggung-jawab yang maha berat itu semata-mata kerana mendapat habuan jutaan ringgit atau billion ringgit?
Jadi, samada kita memang tidak mampu berfikir atau ada antara kita yang rasa dirinya sanggup, jika ditawarkan sejumlah wang agar membuat laporan palsu untuk menjatuhkan pemimpin tertentu dengan mengadai maruah sendiri, maka bolehlah kita percaya bahawa Saiful memang membuat tuduhan palsu terhadap Anwar.
Jika mampu berfikir, terimalah hakikat bahawa Saiful memang telah diliwat 'secara tidak rela' oleh Anwar Ibrahim. Apapun, Saiful ada masa sebulan untuk membuktikan dakwaannya itu.
Kita tidak perlu menyebelahi Saiful jika memang benar dia membuat fitnah terhadap Anwar. Marilah kita ramai-ramai bakar Saiful hidup-hidup jika terbukti dia memfitnah Anwar Ibrahim.
2 comments:
I would say @ the end of the day, Anwar will be found guilty as charged by the court despite being presented with 1001 kind of documentary, circumstantial, oral or hard evidences and even on the balance of probabilities for 1001 reasons which you know better.
Huh, tersasul pulak dok cakap bahasa penjajah ni. Maklumlah, baru balik dari kampung bini.
Kah kah kah!!!...
salam ziarah kesini...
visit me back if you have time..
nice post...
Post a Comment