Wednesday, February 10, 2010

Ehhh...Dah Kalah Pun Masih Menuntut Itu dan Ini?

IPOH: Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata parti gabungan PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri mahu kerajaan negeri yang dipimpin Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memenuhi beberapa tuntuan mereka.

Beliau berkata anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti gabungan pembangkang yang bermesyuarat malam ini juga menetapkan supaya mereka dibenarkan menggunakan kemudahan dewan orang ramai di Perak untuk menjalankan aktivitinya.

Selain tidak disekat daripada menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Negeri dan Jawatankuasa Tindakan Daerah bagi membolehkan mereka memberikan input bagi kepentingan rakyat Perak, katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Beliau juga berkata: "Kami merayu ADUN pembangkang dibekalkan dengan sedikit peruntukan kewangan supaya kita dapat melancarkan kerja-kerja berkaitan kebajikan rakyat."

Mohammad Nizar berkata gabungan parti pembangkang itu bersedia memberikan kerjasama kepada kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Menteri Besar itu demi kepentingan rakyat sekiranya syarat yang mereka tetapkan dipenuhi.

Walaupun beliau menerima keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak, tetap menganggap ia merupakan sesuatu yang menyedihkan dan akan meneliti keputusan penghakiman itu sebelum memutuskan tindakan seterusnya. -BERNAMA

Komen AM: Bila mereka diberi kuasa, perkara pertama yang mereka lakukan ialah merampas dewan-dewan dan harta benda milik 'kerajaan' dan menghalang orang UMNO menggunakannya. Jadi perkara pertama yang mereka harus takut ialah, Dr Zambri akan bertindak balas perbuatan kejam mereka itu.

Walau bagaimanapun, syukurlah akhrinya mereka akur juga dengan keputusan mahkamah. Ingatkan ada demostrasi besar-besaran di Ipoh hari ini?

2 comments:

INDRA QIRANA said...

dah penat nak berdemo mungkin, pilihanraya kan ada, tapi apa pun suruhanjaya pilihanraya kenelah bersikap telus, barulah penyokong pembangkang tak bising bising he he

echah_syed said...

nak buat demo lagi??

combi rasa org perak pun dah tahu yg mana intan yg mana kaca.

SAHABAT-SAHABAT AM