Saturday, March 27, 2010

Bagaimana Agaknya Kalau Mereka Perintah Negara

Kita semua tahu, sejak zaman berzaman, semasa negeri-negeri di Semenanjung (kecuali Kelantan) diperintah oleh BN, hampir setiap malam ada sahaja ceramah politik diadakan oleh PAS.

Malah AM rasa seronok bila melihat orang-orang melayu berniaga air, burger, kitab-kitab dan sebagainya.

Walaupun kita tahu, kebiasaannya mereka akan menggunakan padang bola untuk membuat ceramah yang keesokan harinya kita akan dapati sampah berteraburan dan keadaan padang menjadi becak.

AM tidak pernah nampak gerai-gerai penjaja kecil dirobohkan atau diarah roboh oleh pihak berkuasa PBT ketika itu.

Satu ketika AM rasa macam UMNO ni bacul. Kadang-kala mereka buat ceramah betul-betul bersebelahan Pejabat UMNO Bahagian dan menghalakan pembesar suara ke arah pejabat UMNO sambil mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pemimpin UMNO.

AM pernah dengar seorang ketua UMNO yang juga ADUN kawan berkata "ala biarlah mereka nak bercakap, kita buat kerja kita"

Hakikatnya, kerajaan yang dikuasai oleh UMNO tidak pernah pun menghalang ceramah-ceramah politik, walaupun bukan masa pilihanraya. Sekurang-kurangnya ramai orang melayu boleh mencari makan dengan menjual barangan mereka.

Sebaliknya, apa yang berlaku di Cheras Jaya (seperti dilaporkan Sinar Harian) semalam menunjukkan itulah sikap mereka. Baru ada kuasa sedikit, mereka gunakan sepenuhnya kuasa yang mereka ada.

Karnival yang telah diatur dan khemah-khemah telah didirikan, penjaja sudahpun membeli barang-barang mentah untuk dijual akhirnya terpaksa menelan air liur bila Ahli Majlis mengarahkan majlis tersebut dihentikan dan khemah-khemah dirobohkan.
AM dapat tahu, ahli majlisnya adalah orang Melayu.

Sekarang ini PBT tidak mempunyai apa-apa kuasa seperti dulu. Ahli-ahli Majlis mereka mempunyai kuasa yang terlalu besar. Sehingga bila ada masalah dan dilaporkan kepada PBT, pegawai yang bertugas akan mengarahkan kita berjumpa dengan Ahli Majlis.

Itu baru Allah beri peluang sedikit kepada mereka untuk mentadbir negeri. Bagaimanakah agaknya jika mereka diberi peluang untuk mentadbir negara? Lu fikirlah sendiri..

2 comments:

Insan Marhaen said...

Takpa. Kita bagi can depa perintah dulu. Kita tengok bagus ke tak?

Belum try belum tahu, eek...

Sekarang ni pun negara kita dah jadi 69.

Meowwwww said...

Meowwwww

SAHABAT-SAHABAT AM