Akhirnya, seperti yang 'majoriti' orang jangkakan, perbicaraan liwat DSAI ditangguhkan sekali lagi kepada 10 Mei 2010 (tarikh yang tidak pasti) Selepas ini Anwar Ibrahim tidak perlu lagi memohon penangguhan, kerana hakim boleh tangguhkan sendiri tanpa diminta.
Anwar dan penyokong-penyokongnya pasti dapat menarik nafas lega, bukan hanya kerana boleh melengah-lengahkan masa (mudah-mudahhan hingga selepas pilihanraya ke-13)tetapi juga usaha-usaha mereka untuk memberi tekanan kepada badan kehakiman dan mendapat bantuan asing, rupa-rupanya telah mendatangkan hasil.
Apa masalah hakim?
1. Tidak sihat untuk menjalankan perbicaraan?
2. Banyak lagi kes-kes yang lebih penting yang harus diutamakan?
3. Mendapat tekanan 'dari pihak ketiga'?
4. Kerana mendapat permohonan pihak pembelaan dan pihak pendakwaan?
Mungkin ramai yang gembira, tetapi kena juga fikirkan perasaan orang yang kecewa kerana 'kelembapan yang maha dahsyat di abad ini dalam proses perundangan di Malaysia'
Ya...Anwar menang lagi. Dalam dia memperkatakan mahkamah dipengaruhi oleh UMNO dan kerajaan, Anwar mendapat keistimewaan lagi. Dalam Anwar memberitahu pihak luar negara bahawa mahkamah Malaysia tidak adil kepadanya, sekali lagi mahkamah 'menyebelahinya'.
AM berharap Anwar dan Saiful diberikan keadilan yang sewajarnya. Jika memang tiada bukti, lepaskan sahaja Anwar. Biarkan Anwar meneruskan pendakwaan khazaf kepada Saiful kerana membuat dakwaan palsu.
Jika ada bukti, teruskan sahaja perbicaraan. Susah sangat ke?
Jangan buang masa dan wang rakyat.
3 comments:
Jadi, sekarang AnakMerdeka mengatakan bahawa mahkamah tidak adil kerana membuat keputusan 'menyebelahi' Anwar? Adakah AnakMerdeka hanya akan menyatakan bahawa mahkamah adil apabila ianya 'menyebelahi' Saiful?
Bukan macam itu Wong Pencen.
AM agak emosi kerana selama ini pembangkang 'mempromosi' habis-habisan dan memburuk-burukkan mahkamah Malaysia hingga ke peringakat antarabangsa. Antaranya mereka mendakwa bahawa mahkamah Malaysia berat sebelah dan dipengaruhi oleh UMNO.
Hakikatnya, di depan mata kita, selalunya pembangkang sahaja kelihatannya mendapat keistimewaan, sedangkan orang seperti Saiful juga memerlukan pembelaan segera.
AM tidak kisahpun kalau akhirnya nanti Anwar didapati tidak bersalah kerana AM percaya hakim akan membuat keputusan yang tepat.
Tetapi, kenapa asyik tangguh, tangguh tangguh tangguh...
Orang yang suka tangguh ni kerana dia tak yakin tentang kebenaran dirinya. Kerana tak yakin dia takut untuk dibicarakan dan takut untuk bersumpah.
Lihat Saiful dicabar dia bersumpah dia terus lakukan. Kenapa? Kerana dia yakin dia dipihak yang benar.
Kepada penyokong tegar Anwar, pujuklah dia supaya mengangkat sumpah di mana-mana masjid dengan disaksikan oleh media dalam negeri dan media asing.
Yakinlah kalau Anwar melakukan sumpah mubahalah, perbicaraan boleh dibatalkan sahaja. Dan Anwar terus diisytiharkan sebagai PM Malaysia ke 7 lepas DS Najib.
Berani ke Anwar bersumpuh? Tobat lahum Anwar pasti takkan berani.
Kenapa penyokong2nya tak desak idola mereka supaya bersumpah untuk membuktikan kebenaran dirinya? Tak pelik ke? Fikirlah sendiri.
Post a Comment