AM tidak tahu, samada harus gembira atau sebaliknya, bila mendapat tahu bahawa Ustaz Zulkiflee Nordin telah dipecat keahliannya oleh PKR.
Zulkiflee yang nampaknya begitu konsistan dalam kes penggunaan kalimah Allah, sebenarnya agak 'lembap' dalam 'kes-kes lain', yang melibatkan dasar parti atau moral ketuanya, Anwar Ibrahim.
Jika tidak kerana isu kalimah Allah, Ustaz Zul akan kelihatan mempertahankan dan 'menghalalkan' perbuatan-perbuatan Anwar Ibrahim yang melanggar hukum islam. Malah dia adalah antara penyokong Anwar Ibrahim yang paling kuat pada zaman reformasi dulu. Adakah semua yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim, halal baginya?
Hikmah disebalik isu kalimah Allah itu ialah, telah ada pemimpin Islam yang mula membuka mata (walaupun segelintirnya lagi masih terus menutup mata dengan serban masing-masing). AM bersyukur.
Walaupun pada satu peringkat suma orang terasa tidak sabar untuk melihat Zulkiflee meninggalkan PKR, tetapi beliau nampaknya begitu sayang kepda perjuangan PKR dan Anwar Ibrahim.
Samada Ustaz Zul gembira atau bersedih, hanya beliau dan Allah sahaja yang mengetahui. Tetapi tindakan beliau yang menunggu 'dihalau' dari PKR, dilihat sebagai satu taktik untuk menjadikan dirinya lebih glamour dari Ustaz Asri. Mungkin.
Sepatutnya dia boleh keluar sejak lama dulu, kerana pastinya dia sudah tahu bahawa Anwar bukan jenis yang boleh menerima pendapat orang lain.
Bagi segelintir pemimpin UMNO, mungkin ada yang merasa cukup selesa dan tersenyum puas. Mungkin ada yang merasakan kerja mereka semakin mudah atau mungkin ada juga yang merasakan sudah cukup kuat dan tidak perlu berbuat apa-apa selepas ini. Kalau mereka rasa perlu bersyukur, bersyukurlah.
Bagi ahli dan segelintir pemimpin PKR, mungkin mereka merasa lega, kerana duri dalam daging yang selalu menganggu 'misi' mereka, telah tercampak keluar.
DAP juga mungkin boleh 'bersyukur' kerana kerja mereka untuk menunggangi Anwar Ibrahim dan Nik Aziz selepas ini akan lebih mudah tanpa ada gangguan dari orang seperti Zulkiflee Nordin.
1 comment:
Sabenarnya Zulkifli Nordin ni sayakan Anuar Ibrahim lebih dari yang lain. Kecuali Ugama Islam, bagi Zulkifli Nordin itu adalah kemuncak perjuangannya.
Dalah hal prinsip yang mana Zul tidak bersetuju dengan kombinasi hakim PKR yang membicarakannya, Zulkifli mangambil pendirian meninggalkan mereka sebagai penal yang memanggilnya.
Yang memecat Zulkifli bukan penal tersebut, tetapi satelah dirujuk kapada Anuar Ibrahim dan Azmin Ali, maka Zulkifli Nordin dipecat daripada ahli PKR. dISINI BERERTI aNUAR BENAR2 MARAH KAPADA zUL KERANA zUL MELANGGAR PRINSIPNYA UNTUK MEMPERKUATKAN PENGARUHNYA DIKALANGAN ORANG KRISTIAN.
Post a Comment