Tuesday, April 6, 2010

Bekas Imam (Di Kelantan) Miliki Dadah

Yang buat AM terpanggil nak menulis tentang isu ini bukan kerana pesalah itu berada di Kelantan, negeri yang diberi jolokan Serambi Mekah dan ditadbir oleh golongan ulamak, yang selalu mengatakan orang lain semua tak betul, yang selalu merasakan pemerintahan mereka mengikut sunah rasul dan orang lain najis untuk didekati.

Yang buat AM terpanggil untuk menulis ialah kerana pesalah telah berumur 61 (tinggal 2 tahun sahaja lagi untuk mencecah usia 63 tahun, iaitu usia Nabi Muhammad wafat). Selain dari itu, dia telah empat kali menunaikan fardu haji.

Bila orang dah tahap haji, AM rasa dia akan tahu soal halal haram, setidak-tidaknya tentang duit yang digunakan untuk makan minum dan menunaikan haji.

Satu ketika dulu seorang imam di Melaka, ditangkap kerana kesalahan merogol dalam kebun getah. Kali ini edar dadah pulak.

Jangan terkejut pulak nanti bila kita dengar ada pak imam ditangkap kerana merempit, menyimpan bohsia, menjadi ahli kongsi gelap dan sebagainya.

Bagaimanakah kita hendak mengharapkan orang-orang muda untuk menghormati golongan haji, imam, ustaz dan ulamak jika mereka terus menerus menunjukkan sikap buruk mereka?

Kalau mereka boleh merogol dan megedar dadah, apalah sangat dengan mengumpat, mengutuk orang dan memfitnah orang?

Nampaknya kita kena ajar ustaz-ustaz dan para ulamak bahawa, gelaran orang alim yang mereka dapat itu bukan gelaran yang diberi oleh Allah dan membolehkan mereka terus masuk syurga tanpa dakwa dakwi.

4 comments:

tin kosong said...

Jika benar mereka yang berilmu mengamalkan@melanggar hukum Tuhan maka kesimpulannya ilmu mereka masih berada di akal dan bukan dalam "HATI". Berada di akal semata-mata tidak akan membuat mereka boleh berubah dan beramal TETAPI jika dihati, itulah diibaratkan RAJA yang akan memerintah anggota badan (kerajaan) utk mengamalkan segala suruhan Allah swt.

Anonymous said...

maafkn sy, but i beg to differ from ur above's commnt. sy x rasa yg awk ptt cmmnt mcm n sbb kes tu blm d putuskn la. jd x adillah bg awk nk mnjthkn hukuman bg org yg x bersalah. mentaliti masyarakt kte n amat teruk. baru2 n ader couple kna tngkap ats sbb yg same, mengedar dadah. tp si lelaki sanggup menaggung hukuman tu sndiri. ape yg paper ckp?'sanngup berkorban demi kekasih' . sini da jd mcm bias. kalo imam yg buat, kte kutuk abis2 sdngkn blm tntu die yg buat. jd pd pndapat sy, tnngulah kes n abis d bicarakan dulu b4 awk buat any judgmnt over that imam.
sorry 4 any harsh cmmnt

tin kosong said...

Itu bukan hukuman, itu adalah fakta sekiranya berlaku..sebab itu ayat saya bermula dgn "JIKA". fhami gaya bahasa saya:

AnakMerdeka said...

Yup, tulisan AM juga bukan berbentuk tuduhan. Samada dia bersalah atau tidak, biar mahkamah tentukan (asal sahaja jangan menyalahkan mahkamah jika mahkamah memutuskan dia bersalah)

Yang lebih penting untuk diperkatakan ialah, mengapa ada orang yang berilmu (alim) masih lagi melakukan perbuatan (atau percakapan) yang tidak melambangkan sikap sebenar orang alim.

Mungkin bekas imam di Kelantan itu belum lagi disabitkan kesalahan. Bagai mana pula dengan bekas imam di Melaka yang telah didapati bersalah kerana merogol?

Itu tak termasuk kes-kes dimana orang yang pada zahirnya kelihatan alim, tetapi sanggup mengeluarkan perkataan kotor dan hina, semata-mata untuk kepentingan peribadi.

SAHABAT-SAHABAT AM