Semua orang pernah menipu. Tipulah kalau ada yang berkata mereka tidak pernah menipu. Cuma isunya, siapa yang kita tipu, berapa ramai yang akan mempercayainya dan apa yang kita dapat hasil dari perbuatan menipu itu.
Kisah seorang pelajar pintar yang menyamar menjadi Tuan Muda dan menipu pegawai PLKN, bukan isu yang terlalu besar, tetapi kepintarannya menipu telah membuatkan ramai orang yang lebih tinggi pangkat darinya, terpaksa tunduk hormat (dan mungkin ada yang mencium tangan si Tuan Muda)kerana terlalu percaya kepadanya.
Niatnya hanya cuma ingin melawat seluruh kem PLKN di Pahang, tetapi modus operandinya sangat dahsyat. Entah berapa ramai agaknya orang yang kena 'kencing' bulat-bulat oleh remaja berkenaan.
Siapa yang mengajarnya protokol dan siapa yang menyediakan perbelanjaan untuk membuat kepala surat palsu, pakaian yang tertera nama Tuan Muda serta 'kenderaan rasmi' yang digunakannay kesana kemari termasuk kos minyak dan sebangainya? Itu juga bukan persoalan.
Persoalannya ialah, betapa dahsyatnya jika seseorang boleh mempercayai seorang penipu. Bayangkan, bagaimana pegawai-pegawai pangkat kecil dan besar di PLKN, terpaksa berbaris panjang dan memberi tabik hormat kepada remaja yang sebenarnya tidak ada apa-apa, hanya orang biasa. Sungguh melucukan.
AM pasti jika dalam majlis 'keberangkatan' Tuan Muda ke PLKN, tiba-tiba dia menjadi berang lalu menampar seorang pegawi yang mempunyai 'paku' di bahu, sudah pasti pegawai tersebut tidak akan bertindak balas, kerana percaya orang yang menamparnya itu adalah Tuan Muda.
Begitu tingginya 'martabat kepercayaan' kepada 'sesuatu penipuan' yang diatur dengan begitu licik.
Lalu AM terfikir, apalah ada pada seorang ramaja mentah, yang tidak mempunyai latar belakang pergaulan dan pendidikan yang tinggi (walaupun dia seorang pelajar cemerlang) jika dibandingkan dengan seorang ahli politik yang mempunyai pengaruh yang cukup kuat dan mempunyai latar belakang pergaulan yang tidak ada sesiapa boleh mempertikaikannya.
Orang sanggup mengadai nyawa untuk mempertahankannya. Ketaksuban mereka kepada orang itu terlalu menebal, kerana terlalu percaya bahawa orang yang mereka taksub itu sememangnya berada dipihak yang benar. Mereka percaya bahawa pemimpin mereka itulah satu-satunya pemimpun yang boleh menyelamatkan Malaysia. Sedikitpun mereka tidak akan menyangka bahawa mereka sebenarnya sedang ditipu.
Begitulah besarnya kuasa penipuan. Orang tidak akan lagi nampak dan percaya kepada kebenaran terutama jika orang yang menipu itu merancang dengan penuh teliti setiap percakapan dan perbuatannya. Jika general-general dan pegawai-pegawai tinggi PLKN boleh tertipu, apatah lagi dengan rakyat biasa yang tidak tahu apa-apa...
2 comments:
Salam bro,
inilah kes yang paling melucukan dalam sejarah kawalan di negara kita, saya sering tersenyum sendiri bila ingat bagaimana budak remaja yang seusia begitu muda boleh memperdayakan pegawai-pegawai yang sudah lama makan garam...aduiiiii hehehehehe...
ampunlah tuan muda,kartika boleh d ampun,inikan pula tuan muda....
Post a Comment