Friday, October 21, 2011

Seorang Lagi Pemimpin Islam Tersungkur ke Bumi


Selepas Sadam Hussein, Hosni Mubarak, Osama ben Ladin, kini Muhamar Gaddafi dijatuhkan dan dibunuh, bukan oleh rakyatnya sendiri, tetapi oleh tentera yang bersekutu dengan NATO.

Modus operandinya sama sahaja. Mereka digambarkan sebagai pemimpin kuku besi, zalim dan menganiaya rakyat sendiri (kecuali Osama ben Ladin - dituduh sebagai perancang serangan November 11).

Apapun alasannya, cara mereka ini digulingkan menggambarkan seolah-olah tentera asing yang diketuai oleh Amarika, mempunyai kuasa mutlak untuk menjatuhkan seseorang pemimpin termasuk menjatuhkan hukuman bunuh dan bukan rakyat mereka sendiri.

Hakikatnya, mereka ini bukanlah musuh kepada rakyat negara mereka, tetapi sebenarnya Amarika dan kuasa-kuasa barat merasa amat gerun dengan pemimpin2 islam yang cukup kuat dan berani menentang mereka atau lebih tepat lagi, pemimpin yang menjadi ancaman kepada Israel.

Lalu digambarkan didada-dada akhbar, bahawa pemimpin berkenaan begitu zalim, dibenci rakyat dan harus digulingkan. Amarika akan menggunakan sebahagian dari rakyat negara berkenaan yang rela dicucuk hidung, untuk menjadi dalang meniupkan api kebencian sehingga rakyat percaya memamg pemimpin tersebut wajib digulingkan.

Di negara-negara Asia, perkara ini telahpun berlaku di Thailand, Indonesia dan sedang berlaku di Malaysia.

Bermula dengan memburuk2kan sistem perundangan, anggota polis dan pihak berkuasa. Mereka sedang cuba pula menyerang keperibadian seseorang pemimpin untuk menumjukkan kepada rakyat dan dunia bahawa pemimpin Islam di Malaysia wajib dan jatuhkan dan diganti dengan pemimpin yang lebih liberal dan tunduk kepada kemahuan Amarika.

Maka, berhati-hatilah sebelum nasi menjadi bubur.

Wednesday, October 5, 2011

Apa Motif Belanjawan Pakatan Pembangkang?

Kebanyakan akhbar hari ini mengulas dan mempertikaikan tentang budjet Pakatan Pembangkang yang diumumkan oleh ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiga hari sebelum pembentangan budjet 2012 oleh Menteri Kewangan yang juga Perdana menteri malaysia.

Ramai orang mempertikaikan tentang rasionalnya pembangkang mengumumkan budjet yang sememangnya tidak boleh dilaksanakan, kerana yang memerintah sekarang adalah kerajaan BN dan sudah pasti, budjet yang dibentangkan oleh PM itulah nantinya yang akan dilaksanakan.

Bak kata mantan PM, Tun Dr Mahathir, "senang mau belanja duit yang kita tak ada"..Seperti jugalah jika ada antara kita yang berkata "kalau aku kaya, aku akan belanja satu kampung makan setiap hari", atau "kalau aku jadi macam sipolan tu, aku akan sedekah duit kat seluruh penduduk kampung ini"...hakikatnya, memanglah senang berjanji itu dan ini, kerana itu hanyalah khayalan. Kita tahu, kita tak akan jadi kaya hingga mampu belanja makan orang satu kampung.

Kita kena tahu membezakan antara khayalan dan realiti.

Berbalik kepada budjet khayalan Pakatan Pembangkang, AM tidak melihat ianya hanya sebagai satu janji Pakatan Pembangkang, jika mereka ditakdirkan memerintah (jika itulah tanggapan orang terhadap budjet tersebut), sebaliknya ia lebih kepada menunjukkan sikap sebenar pembangkang di Malaysia.

Mereka lebih suka mencari jalan untuk menjadikan kerajaan yang ada sekarang ini dilihat oleh rakyat dan dunia luar sebagai begitu buruk dan jelek berbanding untuk mengkritik dan memberi buah fikiran demi kebaikan rakyat dan negara. Sebab itu, tidak pernah apa yang dibuat oleh kerajaan diterima positif oleh mereka. Mesti ada tanggapan sinis dan buruk sangkanya.

Jika benar mereka jujur menjadi pembangkang, mereka boleh mencadangkan beberapa perkara kepada PM atau setidak-tidaknya, mereka mungkin boleh mengkritik dan memberi idea ketika sesi perbahasan budjet di Parlimen selepasa pembentangan budjet oleh PM itu.

Apa kejadahnya mereka membentangkan belanjawan lain sedangkan mereka tahu belanjawan yang mereka bentangkan itu tidak kemana pun. Sekadar rektorik...wei sudah-sudah la tu...

Lim Guan Eng Penipu!!!

Dengan muka yang penuh yakin dan 'selamber', Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menuduh Datuk Seri Rais Yatim berbohong dalam isu satu majlis rasmi di Pulau Pinang yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan.

Dengan muka tidak bersalah dan sungguh yakin itu jugalah LGE menuduh media masa berbohong dalam isu beliau memburuk-burukkan Johor di satu majlis di Singapura.

Dalam isu pertama, beliau telahpun memohon maaf (selepas transkrip percakapannya didedahkan oleh media masa)

Jika Datuk Seri Rais Yatim dapat membuktikan apa yang beliau perkatakan (tentang majlis di Pulau Pinang itu) maka sekali lagi dunia dapat melihat, bagaimana seorang pemimpin pembangkang yang menipu, kemudian dengan sewenang-wenangnya menuduh pihak lain menipu. Itulah pemimpin yang berangan-rangan hendak mentadbir negara.

Memang semua orang tahu, antara kejayaan pembangakang (yang kelihatannya agak berkesan) ialah menyakinkan sebahagian rakyat, terutamanya penyokong mereka bahawa, media masa arus perdana sebagai pembohong, talibarut BN dan tidak boleh dipercayai. Dan ini terbukti bila ramai penyokong mereka mempercayainya dan sering menganggap berita yang ditulis dalam akhbar arus perdana adalah satu pembohongan.

Dengan itu, bila akhbar melaporkan tentang kesalahan dan pembohongan mereka, dengan senang mereka berkata "lihatlah, itulah pembohongan media arus perdana"...lalu disambut dengan tepukan dan laungan takbirrr oleh penyokong-penyokongnya.

Samada mereka merasa bersalah dan malu (bila rahsia terbongkar) itu adalah perkara lain...hakikatnya, masih ramai penyokong mereka terutama ahli PAS dan PKR yang sanggup mati demi mempertahankan pemimpin mereka itu.

Begitu pandai mereka bermuka-muka demi mendapatkan sokongan rakyat....

SAHABAT-SAHABAT AM