Wednesday, October 5, 2011

Apa Motif Belanjawan Pakatan Pembangkang?

Kebanyakan akhbar hari ini mengulas dan mempertikaikan tentang budjet Pakatan Pembangkang yang diumumkan oleh ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiga hari sebelum pembentangan budjet 2012 oleh Menteri Kewangan yang juga Perdana menteri malaysia.

Ramai orang mempertikaikan tentang rasionalnya pembangkang mengumumkan budjet yang sememangnya tidak boleh dilaksanakan, kerana yang memerintah sekarang adalah kerajaan BN dan sudah pasti, budjet yang dibentangkan oleh PM itulah nantinya yang akan dilaksanakan.

Bak kata mantan PM, Tun Dr Mahathir, "senang mau belanja duit yang kita tak ada"..Seperti jugalah jika ada antara kita yang berkata "kalau aku kaya, aku akan belanja satu kampung makan setiap hari", atau "kalau aku jadi macam sipolan tu, aku akan sedekah duit kat seluruh penduduk kampung ini"...hakikatnya, memanglah senang berjanji itu dan ini, kerana itu hanyalah khayalan. Kita tahu, kita tak akan jadi kaya hingga mampu belanja makan orang satu kampung.

Kita kena tahu membezakan antara khayalan dan realiti.

Berbalik kepada budjet khayalan Pakatan Pembangkang, AM tidak melihat ianya hanya sebagai satu janji Pakatan Pembangkang, jika mereka ditakdirkan memerintah (jika itulah tanggapan orang terhadap budjet tersebut), sebaliknya ia lebih kepada menunjukkan sikap sebenar pembangkang di Malaysia.

Mereka lebih suka mencari jalan untuk menjadikan kerajaan yang ada sekarang ini dilihat oleh rakyat dan dunia luar sebagai begitu buruk dan jelek berbanding untuk mengkritik dan memberi buah fikiran demi kebaikan rakyat dan negara. Sebab itu, tidak pernah apa yang dibuat oleh kerajaan diterima positif oleh mereka. Mesti ada tanggapan sinis dan buruk sangkanya.

Jika benar mereka jujur menjadi pembangkang, mereka boleh mencadangkan beberapa perkara kepada PM atau setidak-tidaknya, mereka mungkin boleh mengkritik dan memberi idea ketika sesi perbahasan budjet di Parlimen selepasa pembentangan budjet oleh PM itu.

Apa kejadahnya mereka membentangkan belanjawan lain sedangkan mereka tahu belanjawan yang mereka bentangkan itu tidak kemana pun. Sekadar rektorik...wei sudah-sudah la tu...

1 comment:

saipul said...

kita sebagai rakyat wajib pilih yang terbaik bro.

SAHABAT-SAHABAT AM