Sunday, July 19, 2009

Kalau lah Beng Hock boleh berbicara semula....

Malam tadi masa lepak di kedai mapley Cheras, AM mendengar orang bercerita pasal Beng Hock. Ingatkan dia orang bercerita pasal kekalahan tipis pasukan bolasepak Malaysia ditangan MU, rupanya cerita Beng Hock lebih hangat. Tengahari tadi bila makan ikan bakar di Pandan Indah, orang bercerita pasal Beng Hock juga. Nampaknya dasar Perdana Menteri dengan selogan Satu Malaysia cukup berkesan. Rata-rata yang bercerita pasal Beng Hock adalah orang melayu. Mereka cukup simpati walaupun berlainan bangsa. Syabas.

Tapi sampai hari ini AM masih cuba cari andaian sendiri tentang kematian Beng Hock yang katanya jatuh dari tingkat 14. Jatuh di tingkat 5, bermaksud ketinggiannya 9 tingkat. Hanya Beng Hock sahaja yang boleh bercerita.

Mungkin gambar yang disiarkan di akhbar kurang jelas kerana diambil dari jarak jauh, tetapi ada blog yang tunjuk darah dipergelangan tangan mendiang (konon Beng Hock bunuh diri dengan menghiris pergelangan tangannya) Tetapi AM tak nampak satupun gambar yang menunjukkan darah dari kepala yang sepatutnya mengalir dan boleh dilihat dengan jelas.

AM pernah lihat gambar orang yang jatuh dari tingkat 5 bangunan, sungguh mengerikan. Kepalanya pecah dan darah melimpah seperti darah lembu korban baru disembelih, tetapi kita tak nampakpun darah pada mayat Beng Hock. Yang kita nampak, seluar jeans (kalau tak silap) yang dipakai oleh Beng Hock telah koyak di bahagian belakang. Kalau dia jatuh dalam keadaan terkangkang (yang menyebabkan seluarnya koyak) tidak mungkin mayatnya terbaring dalam keadaan elok, seperti orang sedang tidur.

Satu lagi, AM pernah kerja di bangunan tinggi, dan pernah pergi ke bangunan tinggi setinggi menara Petronas. Seingat AM, tidak ada tingkap bangunan tinggi yang boleh dibuka dengan luas. Kalau ada pun tingkap (kerana kebanyakan bangunan tinggi cuma ada cermin) biasanya tingkap boleh dibuka sedikit sahaja, setakat boleh keluarkan tangan. Tak tahulah kalau ada bangunan tinggi, yang mempunyai tingkap yang boleh dibuka dengan luas sehingga orang boleh keluar melaluinya. Jika benar tangapan AM, macam mana Beng Hock boleh terjun (atau ditolak, atau dicampak) dari tingkap setinggi 14 tingkat? Lainlah di Flat. Kalau duduk di flat, jangan kata nak campak orang, malah nak campak katil, almari, peti sejuk atau apa sahaja, semuanya boleh.

Bukan senang oii hendak menolak (mencampak) orang melalui tingkap. Kalau tolak dari bumbung atau beranda rasa lebih mudah. Apapun mesti ada jawapan kepada persoalan ini. Diharap pihak polis dapat menyiasat dengan cara profesional dan mendapatkan jawapan sebab kematian Beng Hock itu.

No comments:

SAHABAT-SAHABAT AM