Wednesday, July 15, 2009

Puteri UMNO Patah Gigi Di Manek Urai

Itulah berita yang AM baca di surat khabar hari ini. Dalam negara demokrasi, ada orang sanggup menggunakan tukul besi untuk mencapai matlamat.

AM tidak ada di lokasi kejadian, tetapi AM ada menyediakan senarai beberapa tindakan Puteri UMNO, yang mungkin membawa kemarahan kepada pihak sana sehingga tergamak mereka membaling batu kepada sekumpulan wanita islam (seagama dengan mereka) hanya kerana wanita itu bukan dari PAS.

1. Menunjuk isyarat lucah kepada pemuda PAS.
2. Mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah.
3. Menunjukkan bahagian-bahagian tertentu anggota badan kepada penyokong PAS.
4. Memulakan pembalingan objek kepada penyokong PAS.

AM tak berani kata "wajib" Puteri UMNO tidak membuat perkara tersebut, tetapi rasanya agak mustahil mereka melakukannya memandangkan mereka berada ditempat orang.

Waimah apa sekali pun yang dilakukan oleh puteri UMNO, bukankah orang disebelah sana tu ahli parti yang katanya memperjuangkan Islam? Begitukah rupanya rupa bentuk dan perangai umat islam? Ajaran agama islam mana yang menghalalkan perbuatan tidak bertamadun seumpama itu?

No comments:

SAHABAT-SAHABAT AM