Wednesday, July 29, 2009

Natrah dalam pespektif Melayu dan Islam..

Itulah tajuk perbahasan dalam rancangan Hujah di tv7 malam tadi.

Ramai orang dah tahu cerita Natrah jadi tak perlulah diceritakan lagi. Bagi yang tak tahu, pergilah cari di mana-mana bahan rujukan.

Apa yang AM ingin perkatakan di sini ialah bagaimana orang Melayu ketika itu, bukan sahaja dalam kes Natrah, malah dalam apa sahaja bidang, sanggup bergolok bergadai, bersengseng lengan bersatu hati dan tenaga demi menjaga maruah orang Melayu dan agama Islam.

Apa yang menariknya antara tokoh yang menjadi pengerak demostrasi di Singapura itu ialah Burhanuddin Helmi, antara orang yang menjadi pengasas PAS yang ada sekarang ini. AM tak yakin kalau Natrah atau ibu angkatnya Aminah atau suaminya adalah ahli PAS. Tetapi demi maruah orang melayu yang dicabar dan agama Islam yang dihina, orang melayu ketika itu tanpa mengira fahaman politik sanggup bersatu.

Malangnya cerita Natrah hanyalah tinggal sejarah. Apa yang berlaku sekarang, orang melayu berpecah belah disebabkan fahaman politik yang berbeza. Orang melayu sekarang sanggup menuduh saudara seagamanya sebagai kafir. Malah jika rajin melayari internet dan membaca blog pro parti pembangkang, mereka dengan rasa bangga menggelarkan orang melayu lain sebagai anjing, babi, syaitan dan bermacam lagi gelaran,semata-mata kerana marah kepada parti politik tertentu.

Orang melayu sekarang lebih sanggup bersekongkol dengan bangsa lain, menghina raja melayu, orang melayu dan secara tak langsung (menyedari atau tanpa sedari) menghina agama islam, semata-mata kerana kuasa dan ketaksuban kepada pemimpin tertentu.

Pemimpin-pemimpin melayu yang rata-ratanya dah tua bangka, secara tidak langsung telah mengajar golongan muda agar bersikap biadab kurang-ajar dan mengajar orang muda untuk derhaka kepada pemimpin.

Akan adakah lagi kisah Natrah di negara ini?

No comments:

SAHABAT-SAHABAT AM