Sunday, July 19, 2009

Syabas Malaysia XI

Kalah 2 - 3 kepada Manchester United, bukan sahaja ok, tetapi ok sangat.
Walaupun ramai gak suara sumbang yang kata, kita kalah tipis kerana MU tak tunjukkan 100% kekuatannya. Kenyataannya kalau Malaysia memang tak bagus, mesti kena lebih teruk. Sebaliknya kita hampir sahaja seri 2-2, kalau tak kerana nasib tu, MU boleh malu gak.

Apapun, pada keseluruhannya Malaysia masuh terlalu jauh dari baik, sebaik pasukan pada tahun 1970an, dimana Allahyarham Mokhtar Dahari, Soh Chin Ann dan Santok Singh menjadi tonggak utamanya. Tak lupa gak Mr Spiderman Malaysia, V Aaramugam sebagai penjaga gawang.

Harap-harap pasukan Malaysia dapat menutup mulut orang yang memandang sinis dengan menunjukkan permainan yang lebih baik bila kita bertemu semula MU untuk kali kedua isnin ini. Sama-samalah kita saksikan.

No comments:

SAHABAT-SAHABAT AM