Thursday, July 30, 2009

Kemana Arah Tuju Mahad Tahfiz di Malaysia?

Mungkin ramai yang tidak tahu, terdapat ratusan atau ribuan mahad tahfiz di seluruh pelusuk negara.

Tahu atau tidak, kelas yang mengajar pelajar mengafal al-quran itu, kini telah dijadikan sumber ekonomi oleh orang-orang yang tidak bertanggung-jawab. Ada individu tertentu menguruskan lebih dari sebuah mahad tahfiz yang mengakibatkan kebajikan pelajar tidak dapat dijaga dengan sempurna.

Tetapi bukan itu yang AM cuba perkatakan. Apa yang menjadi kemuskilan ialah, pihak yang bertanggung-jawab mungkin telah terlepas pandang bahawa kebanyakan pelajar mahad tahfiz sepatutnya berada disekolah kebangsaan dan bersama rakan-rakan sebaya yang lain di padang bola, bukannya berada sepanjang hari di mahad untuk mengafal al-quran.

AM tidak terlalu pandai,dan rasanya tidak layak untuk membincangkan isu ini, tetapi rasanya islam tidak menuntut umatnya mempelajari al-quran sehingga meninggalkan pelajaran dunia. Malah jika alquran itu dihayati sepenuhnya, Allah menuntut hambanya untuk mengejar kekayaan dunia selain tidak meninggalkan suruhan Iahi.

Jadi jika kanak-kanak dikerah untuk hanya mempelajari al-quran, bagaimana dengan masa depannya nanti? Adakah cukup dengan mengafal al-quran tanpa perlu mencari rezki untuk menyara hidup diri dan keluarga mereka?

No comments:

SAHABAT-SAHABAT AM