Wednesday, July 15, 2009

Manik Yang Mengurai

Namanya cukup cantik. Manek Urai. Walaupun belum pernah menjejakkan kaki ke kawasan tersebut, tetapi dari berita dalam akhbar dan dari cerita orang yang pernah kesana, AM dapat bayangkan betapa mundurnya Manek Urai.

Lalu timbullah tanda tanya, betulkah rakyat Manek Urai tidak mahukan pembangunan? Adakah cukup dengan pembangunan insaniah yang kononnya dibawa oleh PAS, maka penduduk Manek Urai lebih rela memilih seorang ustaz untuk menjadi pemimpin?

Bukankah Islam, bukan sahaja menggalakkan tetapi mewajibkan umatnya mencari rezki seolah-olah akan hidup selama-lamanya dimuka bumi ini? Bukankah Islam ada memberi amaran bahawa, kemiskinan hidup seseorang boleh membawa kepada kemungkaran? Justeru ini bermaksud, kemewahan dan kenikmatan dunia juga perlu dicari, selain dari menunaikan ajaran agama.

Adakah ajaran agama islam yang diajar di Manek Urai, atau lebih tepat lagi agama islam pengikut PAS, mempunyai tafsiran yang tidak sama dengan ajaran agama islam sebenar?

Adakah janji pembangunan, termasuk menjadikan Manek Urai sebagai kawasan pertanian moden dan juga janji pembinaan jambatan, tidak langsung menggamit pengikut PAS untuk cuba merubah nasib mereka seperti yang diajar oleh agama. Bukankah Nabi telah memberi nasihat bahawa "Tuhan tidak akan merubah nasib sesuatu bangsa itu, sehingga mereka sendiri cuba untuk merubahnya".

No comments:

SAHABAT-SAHABAT AM