Thursday, February 18, 2010
Punca Ulamak Tidak Lagi Dihormati...
Ada orang akan marah bila ada pihak cuba menemplak, apatah lagi kalau sampai ketahap menghina ulamak.
Tetapi sejauh manakah ulamak-ulamak tahu dan pandai menjaga dirinya dari terdedah kepada kecaman dan kritikan pihak-pihak tertentu?
Sejauh manakah ulamak-ulamak di Malaysia sebenarnya telah menjalankan tugas mereka mengikut apa yang disuruh oleh Allah S.W.T? Bukankah ulamak sepatutnya tidak perlu memihak kepada puak/golongan tertentu?
AM terpanggil untuk mengulas apa yang diperkatakan oleh DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN, bekas Mufti Perlis yang cukup glamour itu. Ulamak yang berada dalam parti politik, AM malas dah nak ulas. Semua orang tahu sendiri. Mereka itu sebenarnya 'ular dalam semak'.
Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengatakan bahawa adalah 'berdosa' kiranya seorang ADUN atau MP melompat parti.
AM tahu kenyataannya itu dikeluarkan kerana kebelakangan ini kelihatan ada kecenderungan MP dan ADUN dari pakatan pembangkang yang melompat parti dan menjadi ADUN/MP bebas.
Cuma AM nak tahu, ada atau tidak 'ulamak besar' ini membuat apa-apa kenyataan (atau teguran atau amaran atau nasihat) yang serupa ketika Anwar Ibrahim melaung-laungkan bahawa ramai MP Barisan Nasional akan melompat ke Pakatan Pembangkang untuk membolehkan mereka mengambil alih kerajaan pusat pada 16 Septembar? Adakah? Harammm...
Jadi siapa yang hendak disalahkan kalau ada orang beranggapan, ada sesetengah ulamak berperangai seperti pu%$*ak?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
19 comments:
satu punca lagi ulama tidak dihormati ialah;
masyarakat masih jahil....
sama sperti zaman Rasulullah saw yang dihina dan dibaling batu oleh penduduk taif yg masih jahil....
Ulamak tidak boleh disamakan dengan Rasulullah, walaupun mereka adalah pewaris nabi. Rasulullah dilindungi oleh Allah dari melakukan kesilapan dan kemungkaran.
Tetapi sebahagian ulamak (kononnya) di Malaysia ini, menggunakan title ulamak itu untuk memuaskan hati mereka.
Mereka memecah belahkan umat. Mereka mengeluarkan fatwa mengikut sedap mulut dan atas kepentingan masing-masing.
Ulamak-ulamak sepatutnya mendidik dan menasihat masyarakat yang jahil dan bukannya menjahilkan lagi masyarakat dengan fatwa-fatwa munafik mereka.
ade pendapat mengatakan ustaz dgn ustazah aka penceramah skrg pun dah pandai buat bisnes dgn 'nama' dorang yg sudah dikenali ramai.
banyak produk kesihatan mengambil mereka menjadi duta.rasanye ini bukan satu perkembangan yg baik kerana masyarakat akan mula rasa 'kurang hormat' kpd mereka.
ada produk mereka yg menjadi bahan lawak jenaka pula.adehhh!
Pada AM, ulamak pun manusia juga. Mereka ada anak isteri untuk diberi nafkah. Rasanya siapapun tak pertikai jika ada ulamak buat business.
Tak salah kalau nak buat business. Dalam Islam pun, perniagaan itu merupakan 99% (atau 99.9%) dari rezki yang diturunkan oleh Allah kepada makhluknya.
Haron Din pun ada buat business Traval Agency (selain business perubatan cara Islam)
Anak Nik Aziz ada buat barangan Tok Guru. Walaupun bukan Nik Aziz yang buat, kira ok la juga.
Yang kita sepatutnya rasa marah ialah, ada segelintir orang yang mengaku ulamak, tidak berperanan seperti sepatutnya. Mereka ada kepentingan.
Mereka lebih suka mengejar glamour dari mengejar rahmat Allah.
Mereka tidak fikir apa yang diperkatakan oleh mereka itu dipercayai dan diikuti oleh pengikut-pengikut mereka yang taksub.
Akhirnya apa yang terjadi kepada perpaduan ummah? Pernahkan mereka fikir semua itu?
jika ulama bukan pewaris ilmu nabi..siapa lagi yang akan bawa ilmu nabi saw?
ulama ada ilmu nabi..ttpi tidak bijaksana seprti nabi iaitu bijak menyampaikan dakwah. Bijak mencari ruang dan peluang, pandai menyusun strategi dakwah......
Gambaran yang tin kosong beri itu adalah gambaran ulamak sebenar.
Yang AM perkatakan dan maksudkan dalam entry ini ialah, orang yang mengaku ulamak (atau seronok bila digelar ulamak) sedangkan mereka bukanlah ulamak sebenar.
Mereka inilah sebenarnya pemusnah umat.
Soal ulama benar dan dan jahat telah disebut dalam hadis nabi. Saya nasihatkan saudara menuntut ilmu. Jangan buat tafsiran mengikut kejahilan saudara.
Anonymous, AM bukan membuat tafsiran, tetapi menilai apa yang berlaku di depan mata.
Dalam kes Anwar Ibrahim contohnya, ramai ulamak dalam PAS yang telah mengetahui 'kisah sebenar'. Kemana mereka semua? Kenapa tidak berbuat apa-apa?
Dalam kes kalimah Allah, kemana pergi ulamak2 besar yang berada dalam PAS. Kenapa hanya dua tiga orang sahaja yang bersuara. Kenapa tidak bersatu mempertahankan kesucian kalimah Allah?
Dalam Islam, orang yang tidak berilmu (seperti AM) boleh terlepas dari dosa kerana tidak jahil.
Apakah hukum orang yang mempunyai ilmu, tetapi tidak berbuat apa-apa atau menyembunyikan kebenaran?
saya tertanya-tanya siapakah yang dianggap ulamak, siapa yang melantik mereka. Adakah dengan adanya sijil ijazah maka boleh digelar ulama. Banyak yang dijumpai mempunyai sijil ijazah tidak mengamalkan apa yang dipelajari sehingga membawa kpd kekeliruan masyarakat. poning den.
memang betul lakata DR Asri tu...kalau lompat umno dah tentu la berdosa pasal dalam umno banyak rasuah dan penyelewengan serta mengalakkan maksiat, judi dan minum arak....apa hukum orang yang menyokong maksiat dan kejahatan...? dah tentu la dapat dosa....yang tu basic agama islam la semua orang tahu...tu pun puak2 pencacai umno tak leh nak pikiq....lompat masuk pakatan rakyat dah tentu tak berdosa kerana daripada kejahilan dok dalam umno berubah kepada kebaikan......tu pun tak faham ka.......
Aspirez, senang sahaja nak jadi ulamak. Simpan janggut, simpan jambang, pakai serban, pakai jubah. Boleh baca dua tiga baris ayat quran, maka 'akulah ulamak'.
UMNOmangkuk (mangkukUMNO?), kalau macam itu persepsinya, boleh juga AM katakan, adalah haram dan berdosa jika kita menyokong parti yang berkerjasama dengan parti yang anti kepada agama islam. Dan adalah haram dan berdosa bertuankan orang yang melakukan dosa yang dilakhanat oleh Allah dan Rasul?
Yang jelas, pemimpin parti mana yang sibuk nak pertahankan penjualan arak di kawasan yang majoriti penduduknya melayu? Parti mana yang masih menyimpan pemimpin yang malakukan maksiat dan berbogel?
Sendriii mau ingat la...
Oooo macam tu ke tuan AM. Nasib baiklah golongan Singh tak pandai baca quran kalau tak ingat ulama juga. Kalau di negara Arab, jews pun pandai tahu baca quran cuma tak de iman je kalau pakai serban konfirm ada jadi anak murid. Sesungguhnya ramai masih tak faham "ulama pewaris nabi", persoalannya ulama yang mana?
aspirez, sebenarnya ada maksud tersirat dari jawapan AM tu. kena halusi untuk memahaminya...:)
yalah, dah jelas tulisan AM tu tapi takpuas kenapa masih ada yang tahu hukum hakam masih nak permain agama dengan menggunakan akal dalam mentafsir agama takkan nak jadi muktazilah kot. Kesombongan ahli agama ni lebih halus dari kesombongan orang biasa dan ingat nanti di alam barzah/akhirat dipanggil nama je takde gelaran-gelaran ni semua.
Salam AM,
Ulamak seharusnya mampu membawa penyatuan kepada ummah.. Cubalah kita samax renungi dan fahami inti pati khutbah terakhir Rasulullah SAW.....
Saya setuju pendapat AM bahawa ulamak juga manusia biasa.....mereka juga cuba menjadikan media sebagai universiti terbuka...
akhir siapa yang menuju kehancuran...
sham...
Kesimpulannya, kritikan AM dalam entry ini, ditujukan kepada orang (orang-orang) yang seronok digelar ulamak dan berbangga mengaku ulamak, sedangkan perbuatan, percakapan dan ajaran yang disampaikan, sedikitpun tidak melambangkan perbuatan, percakapan dan ajaran para ulamak sebenar.
Jadi, kita seharusnya tahu untuk membezakan antara ulamak sebenar dengan orang jahil yang mengaku ulamak (ular dalam semak)
Yang paling bahaya ialah mengganggap Pas tu Islam.
Pas adalah parti politik macam DAP.
Sebab itu pas sokong DAP tanpa ragu2 dan tak payah rujuk quran dan hadith lagi...rujuk kitab politik je.
Jadi kalau ada yang dianggap ulamak dalam PAS...itu adalah ulamak politik, ustaz politik.
Fahaman mereka ialah "agama tiga suku, politik tiga suku"
Golongan yg paling jahat dalam dunia ialah ulamak2 yg gunakan ilmunya utk kepentingan dunia kumpulan2 trtentu..
Golongan yg paling2 dan trjahat dalam dunia ialah ulamak yg gunakan ilmunya utk kepentingan dunianya sendiri..
Hormatlah ulamak tapi ikutlah Allah swt dan RasulNya..
Kalau dah ambik pertolongan dari syaitan dan mengatakan tuhan tu samseng dan kaki carut..brundurlah dan brlepas dirilah kita darinya.
dunia akhir zaman mmg ramai yg jahil berbicara tentang agama,mengaku pandai dan berbahas atas view sendiri,tak pernah hafaz quran dan memahami al-quran sepenuhnya.
bawak2 le beringat.
pas ke umno ke pkr ke akhirnya kita semua masuk tmpt yg sama,bawah tanah
lepas barulah tahu siapa kita,apa yg kita pertahankan tu betul ke tidak..
Post a Comment