Aktres veteran popular, Azean Irdawaty tidak percaya bahawa anaknya, pelakon terkenal Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin terlibat dengan sindiket pengedaran dadah. Itu yang tertulis di dada-dada akhbar hari ini.
Sebagai seorang ibu, yang mempunyai hubungan rohani dan jasmani dengan si anak, sudah pasti dia tidak akan percaya jika anaknya dituduh melakukan jenayah tersebut. Kita tolak sahaja tanggapan yang mengatakan, "tidak mungkin dia tidak mengsyaki apa-apa keganjilan anaknya sendiri selama ini yang boleh duduk dikondominium mewah sedangkan berlakon tak seberapa"
Apapun artis adalah manusia biasa. Cuma dia jadi terkenal kerana ada rupa dan ada bakat berlakon dan menyanyi. Para peminat sentiasa merasakan artis dan selebriti sebagai seseorang yang terlalu istimewa. Segala perlakuan, pakaian dan ungkapan artis akan dijadikan ikutan. Hakikatnya, ada antara artis itu lebih haprak dari peminatnya sendiri. Ada artis siang malam bikin panas, skandal sana sini, isap ganja, mencuri, pecah rumah, mabuk, berkhalwat, memandu tanpa lesen yang sah dan sebagainya.
Apa lagi jenayah yang belum artis lakukan? Dan, mereka masih terus diminati.
Baru-baru ini bila seorang artis yang juga pengacara tv membuat kenyataan bahawa 'artis tidak boleh dijadikan idola' ramai rakan-rakan artisnya yang marah. Yang marah itu mungkin merasakan, "akulah idola kamu".
Sudah sampai masanya persatuan artis seperti Seniman, memantau kegiatan 'luar screen' ahli-ahli mereka.
4 comments:
Salam AM,
lagi melibatkan artis..banyak.. sayapun kecewa dengan mereka ini,
pemain gitar kumpulan Ekamatra, telah ditangkap polis kerana terbabit dalam kes pecah rumah di Ibu Kota.
manakala adiknya juga ahli kumpulan rock yang sama masih diburu polis kerana terlibat dengan kes curi barang-barang bernilai dan sebuah kereta produa kancil milik rakan serumah...
dulu dalam tahun 2007 ada juga kes penyanyi top 70an, M. Sani juga berdepan dengan tuduhan memperkosa anak gadis beliau sendiri... hmmmm
betul lah tu..artis ni manusia biasa.. lainnya artis dari kita yg biasa ni adalah - diorang tu ikon/ public figure. diri mereka pon tak betul lepas tu nk jadi idola?
kui3 kelakar....
tapi malangnya...kita takut budak3 yang akan terikut3 perangai mereka. Kebiasaanya orang yang terlalu obses dengan artis ni ialah mereka di kalangan usia remaja..
habislah kita.... T_T
Jadikan lah Rasullulah S.A.W idola kita
Tiada aper2 lain yg dirasakan sesuai utk memperkatakan perkara ini selain dari bersetuju ngan AM.
Memang tak sesuai sangat kalau artis dijadikan IDOLA memandangkan gaya kehidupan mereka yg kononnya mesti mengikut style barat.
Padahal baru muncul satu filem tu pun watak pembantu sahaja, nyanyi satu lagu, dah berasa best. Ni dah masuk kategori syok sendiri nie...
Kah kah kah!!!...
Post a Comment