Sejauh manakah keikhlasan ahli-ahli sesebuah parti politik menjadi ahli, dan sejauh manakah keikhlasan pemimpin-pemimpinnya menjadi pemimpin?
Ikhlaskah Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pemimpin PKR? Bukankah penubuhan PKR itu sendiri adalah hasil daripada perasaan marah Anwar bila dipecat oleh Tun Mahathir? Sejauh mana pula keikhlasan pemimpin-pemimpin PAS menjadi pemimpin? Bukankah ada pemimpin tertinggi mereka yang pernah kata, "UMNO adalah kafir, kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC" sedangkan mereka kini bekarjasama dengan DAP?
Bukankah ada pemimpin PAS berkata, boleh bekerjasama dengan syaitan untuk mencapai sesuatu matlamat, sedangkan sebagai pemimpin yang kononnya memperjuangkan agama, beliau sepatutnya lebih tahu tentang hukum-hakam dan tidak sepatutnya mendidik pengikutnya dengan perkara yang dia sendiri tahu adalah salah?
Sejauh mana pula keikhlasan pemimpin dan ahli-ahli UMNO?
Mengapa ada yang sanggup menyertai parti lawan haya kerana kecewa permintaannya tidak ditunaikan atau kerana dikenakan tindakan disiplin atas kesalahan yang mereka sendiri lakukan?
Ikhlaskah PAS menerima kemasukan ahli-ahli UMNO yang telah terbuang kerana telah melakukan pelbagai kesalahan dalam UMNO sedangkan PAS selama ini melaung-laungkan pemerintahan secara islam, anti korapsi dan sebagainya, tetapi bila ada ahli UMNO dipecat atas kesalahan rasuah atau kerana keluar dari UMNO kerana cita-cita peribadi tidak tercapai, cepat-cepat PAS membentangkan red carpet untuk mereka.
No comments:
Post a Comment