Yang 'selalu' kita dengar ialah, orang akan menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang ditujukan (walaupun dia tahu dia bersalah).
Yang 'kadang-kadang' kita dengar ialah, orang meminta maaf atas kesalahan yang dilakukan dan berjanji tidak akan melakukannya lagi.
Yang 'jarang-jarang' kita dengar ialah, orang yang dituduh, membuat tuduhan semula terhadap orang yang menuduhnya.
Tetapi sejak kebelakangan ini ada pihak yang cenderung menggunakan secukup-cukupnya peluang yang ada, membuat 'counter attack' sebelum kesnya dibicarakan di mahkamah.
Nampaknya tindakan menyerang balik, merupakan tindakan yang agak berkesan untuk menunjukkan pihak yang dituduh memang 'tidak bersalah'. Sekurang-kurangnya sementara menunggu keputusan muktamad mahkamah.
AM tertarik dengan kes Datuk Nik Sapeia yang didakwa melakukan serangan terhadap bekan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir.
Sebelum dibicarakan di mahkamah, beliau telah membuat tuduhan balas terhadap pihak polis dan kerajaan Malaysia DAN menuntut gantirugi sebanyak RM20 juta, kerana 'memfitnahnya dan mengaibkannya' (disebabkan tuduhan itu).
Akhirnya setelah dibicarakan, dia didapati bersalah dengan sengaja, mendatangkan kecederaan terhadap Tun DM. Apa agaknya yang terjadi dengan tuduhan beliau terhadap polis dan kerajaan?
AM ingin mengaitkan kisah Datuk Nik Sapeia dengan kes Anwar Ibrahim.
Semua orang tahu, belum lagi perbicaraan dimulakan dan belum lagi dia didapati 'tidak bersalah', dia telah membuat laporan dan mendakwa Saiful memfitnahnya (tidak termasuk tuduhan konsperasi pihak-pihak tertentu)
AM rasa Anwar membuat tindakan yang betul, sekiranya nanti mahkamah mendapati dia tidak bersalah atas tuduhan yang beliau hadapi, tetapi memandangkan kesnya belum lagi dibicarakan, Anwar sepatutnya bersabar sedikit.
Tindakan menuntut itu dan ini sebenarnya hanya untuk menunjukkan kepada dunia bahawa, 'aku tak bersalah', walaupun sebenarnya yang berhak menentukan seseorang itu bersalah atau tidak, hanyalah mahkamah.
Harap-harap lepas ini kita tidak akan mendengar pula ada pengedar dadah, pembunuh, pencuri dan sebagainya, berebut-rebut membuat laporan polis dan mendakwa dia telah difitnah dan 'dikambing hitamkan' oleh pihak-pihak tertentu.
Jadi tak perlulah ada mahkamah, jika yang diharpakan hanyalah 'judge' dari orang ramai.
No comments:
Post a Comment