Friday, January 1, 2010

............emmm

Entry ini AM tulis tanpa rancang. Tanpa membuat draf terlebih dahulu, AM tulis apa yang terlintas di kepala. Tanpa Tajuk

Dari pengamatan AM, orang melayu tidak pernah bermusuhan dengan orang cina. Apa yang selalu menjadi 'selumbar' di hati orang melayu ialah, perasaan dendam yang tak sudah dalam kebanyakan hati orang cina terhadap orang Melayu. Perasaan dendam itu tidak akan padam begitu sahaja. Orang Melayu kini terpaksa berhati-hati untuk bercakap dan bertindak demi untuk menjaga hati orang cina. Lebih tepat lagi, orang melayu kini menjadi takut kepada orang cina.

Apabila ada orang Melayu bercakap dan berkelakuan 'seperti' hendak menaikkan martabat orang melayu, orang itu akan dituduh sebagai perkauman. Maka berpusu-pusulah desakan agar orang Melayu memohon maaf kepada orang cina. Sebaliknya apabila ada orang cina dan india bercakap mengenai hal yang sama, ianya akan dianggap hak kebebasan yang termaktub dalam perlembagaan.

Sekarang ini tidak ada lagi yang boleh dibanggakan oleh orang Melayu Islam. Kalimah Allah yang paling suci, paling dijaga kemuliaannya, sehingga ada yang sanggup berbunuhan jika ada pihak yang cuba mencemarkan kesucianNya, kini talah pun diberikan kepada gereja untuk digunakan dalam penerbitannya (walaupun ada ruang untuk merayu) Yang membuat keputusan itu pula hakim berbangsa cina.

Selepas pilihanraya ke-12 yang lalu orang bukan Islam semakin berani memeprtikaikan hak orang Melayu dan agama Islam, sehingga ada yang berani mempersoalkan bantuan kerajaan dalam pembinaan masjid dan surau. Orang melayu dan pemimpin melayu hanya sanggup mengeluh dan menrungut. Paling tinggipun orang melayu hanya boleh mengkritik dan membuat laporan polis. Lepas itu isu itu senyap begitu sahaja.

Malangnya hanya segelintir sahaja golongan orang Melayu yang masih bermati-matian untuk menentang keceluparan bangsa yang tidak beradab itu, manakala sebahagian orang Islam yang lain, atas nama perjuangan parti dan kuasa, sanggup bersekongkol dengan bangsa lain, menginjak-injak maruah bangsa sendiri.

Siapa pernah lupa, satu ketika dulu pemimpin DAP, Terasa Kok beria benar mempertahankan seorang wanita yang didakwa sebagai warganegara China yang dikatakan teleh dibogelkan ketika dalam tahanan polis. Dia bertindak demikian kerana kononnya memperjuangkan hak wanita. PM ketika itu, telah mengutus seorang timbalan menteri untuk merafak sembah, memohon ampun dan maaf kepada kerajaan China atas kejadian itu. Setelah disiasat, rupa-rupanya wanita itu adalah orang tempatan berbangsa Melayu.

Apakah kesudahannya? Semua senyap sunyi. Terasa Kok pun senyap. Kenapa dia tidak mempertahankan wanita Melayu yang dibogelkan itu? Bukankah wanita melayu itu juga seorang wanita? Jawapannya mudah. Terasa Kok berjuang hanya untuk orang cina. Cuma dia menggunakan istilah yang terlalu sukar difahami oleh orang melayu yang bodoh.

Isu Beng Hock yang mati ketika disoal siasat oleh SPRM tidak pernah reda dari diperkatakan, termasuk oleh orang melayu. Jika yang mati itu adalah orang melayu, adakah pemimpin DAP sanggup bermati-matian mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya bebas menyiasat punca kematiannya? AM penuh yakin, tidak sama sekali. Kes itu menjadi terlalu rumit sehingga memaksa Pengerusi SPRM meletakkan jawatan, hanyalah disebabkan Beng Hock itu Beng Hock, bukan Ahmad, bukan Abu dan bukan Samad.

AM tak habis fikir, apa sebenarnya yang bersarang dalam benak dan sanubari ahli PKR dan PAS yang sanggup mati, demi untuk mempertahankan DAP. Apa agaknya 'mandrem' yang digunakan oleh Lim Kit Siang sehingga begitu ramai yang sanggup menjadi baruanya.

Rasanya jika keputusan Mahkamah Tinggi semalam melarang kalimah Allah digunakan oleh gereja, maka ramailah orang PKR dan PAS yang akan memenuhi jalan raya berdemostrasi memberi sokongan moral kepada golongan itu. Mungkin ada yang sanggup memegang lilin sebagai 'simbolik' sokongan dan simpati.

Selepas itu pemimpin dan ulamak mereka akan berkata "Islam menggalakkan umatnya untuk bersimpati kepada orang yang teraniaya"...

No comments:

SAHABAT-SAHABAT AM